Bukan rahsia umum lagi bahawa bibir seksi Kylie Jenner bukanlah bibir aslinya. Sebelum ini, Kylie pernah mendedahkan secara terbuka bahawa dia menjalani pembedahan plastik bagi memperoleh bibir yang dimilikinya sekarang.
Foto: IG Kylie Jenner
Ingin kelihatan lebih cantik menjadi faktor utama mereka menjalankan pembedahan plastik. Tapi anda nak tahu tak apa alasan sebenar yang mendorong Kylie mengubah bentuk bibirnya?
Menurut E! Network seperti dipetik Mail Online, model berkenaan mengalami trauma selepas menerima ciuman pertama daripada seorang lelaki.
Ketika berusia 15 tahun, Kylie berasa rendah diri dengan bibir aslinya yang agak nipis. Lebih parah, lelaki yang menciumnya itu mengejek bentuk bibirnya yang disifatkan langsung tak menarik untuk dicium.
"Saya betul-betul terpukul apabila lelaki itu mengejek bentuk bibir saya.
"erkara itu membuatkan keyakinan saya berada di tahap terendah. saya rasa macam langsung tak memiliki daya tarikan," katanya.
Akui Kylie, sejak saat itu dia menginginkan bibir yang lebih tebal dan seksi sehingga dia akhirnya memutuskan untuk menjalani pembedahan membesarkan bibirnya.
Foto: E! Network/Mail Online
Ada duit, macam-macam boleh buat. Kalau boleh, satu badan nak diubahnya. Anda pula bagaimana, pilih kecantikan asli atau yang 'palsu'? - CARI |