|
Rihanna rupa-rupanya mempunyai satu penyesalan yang cukup hebat dalam hidupnya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Bad Liar ini mengakui menyesal kerana kehilangan dara sebelum bernikah.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Rihanna semasa ditanya oleh David Copperfield dalam sebuah temu bual bersama Elle.
Foto: IG Rihanna
Semuanya bermula bila David mengatakan, "Aku tidak bergurau. Aku boleh buat anda hilang dan muncul kembali di mana-mana tempat di dunia ini. Ke mana anda nak pergi dan mengapa?"
Tidak lama kemudian, Rihanna atau lebih mesra disapa Riri menjawab, "Bawa aku sepuluh minit sebelum aku kehilangan daraku."
Foto: IG Rihanna
Menurut laporan Aceshowbiz, Rihanna juga mengatakan memakai korset adalah perkara paling gila yang pernah dicubanya.
Walau bagaimanapun, dia terpaksa memakainya untuk kelihatan cantik setiap hari. -CARI |
|