CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1709|Reply: 12

Tular Video Dakwaan Tun Mahathir Perlu Bertanggungjawab Dalam Isu Kerugian Forex

[Copy link]
Post time 13-9-2017 04:40 PM | Show all posts |Read mode


sumber : The Malaysian Insight



Ketika Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sedang giat dijalankan berkenaan isu kerugian forex Bank Negara Malaysia (BNM), dilaporkan baru-baru ini tersebar pula satu klip video yang membuat tuduhan bahawa individu yang perlu dipersalahkan adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad.




Memetik laporan The Malaysian Insight, rakaman video yang berdurasi dua minit itu memaparkan petikan ceramah Ketua Penerangan Umno Annuar Musa dan sedutan kenyataan daripada beberapa individu.


Ianya termasuk Ketua Institut Kepimpinan dan Strategi Asia Ramon Navaratnam dan bekas penolong gabenor BNM, Abdul Murad Khalid juga sudah memberikan keterangan di hadapan RCI.


Menurut Annuar dalam video itu, negara ini kehilangan RM32 bilion, iaitu sebahagian daripada rizab asingnya, ketika pentadbiran Dr Mahathir.


“Ketika saya jadi menteri, tiap-tiap hari Rabu bermesyuarat Kabinet, segala apa bendanya dibincang, yang rasmi dan tidak rasmi."


"Tapi hanya 20 tahun kemudian saya sebagai menteri baru tahu zaman saya Dr Mahathir pimpin, hilang RM32 bilion. Lesap begitu saja."


“RM32 bilion pada 1993 sama dengan RM100 bilion hari ini.”


Ucapan Annuar itu dibuat ketika jelajah pertama Umno; “Perjuangan for all, love, respect, unity" di Wangsa Maju pada 10 September.


Video itu diakhiri dengan mesej “Mahathir perlu bertanggungjawab”.


Difahamkan video tersebut dimuat naik di Facebook Rojak Malaya kira-kira jam 11.30 pagi semalam.- CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2017 04:51 PM | Show all posts
tunggu la rci habis dulu kalau ye pun nak kenakan mader...isnin akan datang mader akan testify...aku tak sabar je nak tgk mader pusing kepala sekor2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 04:53 PM | Show all posts
sembang banyak2..ketua demo nok majukan ekonomi amareka
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 04:54 PM | Show all posts

aiiii ... baru nak bising? selama ni apa kome buat?

rugi ... OK lah tu ... dah rugi nak buat macam mana .... bukan UFM.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 04:58 PM | Show all posts
Pokjib tersenyum sinis dibelakang iteww
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nt...'kita tengok sapa yg kena'......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2017 05:34 PM | Show all posts
mamak kutty tu dah suci sejak join Pakatan Rakyat yang tak suci Hadi Awang je
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 07:55 AM | Show all posts
hahaha...macai pun...da kena pecat jadi pengerusi mara tu diam2 lah...bongok..sah2 la ko da songlap duit mara tu kan sbb tu berganti dgn dr. awang adek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 08:04 AM | Show all posts
kalau dah terang duit tu lebur sebab kerugian main FOREX, be it. at least kita tau kemana duit tu hilang. Buat la RCI pun, kalau dah tau sapa salah ..so what.. nak buat apa kat dia..? suruh dia ganti balik ker?

Yang pusing pusing duit rakyat satu dunia kemudian masuk ke akaun peribadi tu yang patut di tangani sekarang, tak kan nak tunggu lagi 30 tahun kot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Annuar Ni yg sibuk sokong Malaysian student yg paedo tu Kan..laughable kot! Obviously takde otak!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 08:16 AM | Show all posts
kisah forex losses ni dari zaman reformasi dah dengar....
bkn citer baru....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikkk baru sekarang tahu rugi forex bnm, banganglah hang selama ni jadi menteri. Orang lain dah tahu lama.

Patut la duk percaya Jibby lagi, mungkin 30 tahun lagi baru dia tahu Jho Low and gang rompak duit rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 09:18 AM | Show all posts
si musang ni dah xde jawatan nak songlap duit g
tu menyalak melolong2 nk up nama balik
dasar musang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049300 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list