Ingat lagi tak dengan video adik manja dengan abang-abang lorinya? Serius ramai yang meluat kan!
Kali ini seorang lagi tampil 'menganjing' gadis viral tersebut kerana menyampah dengan perangai gedik yang dibuat-buat itu.
Terkekek-kekek gelak bila tengok Makcik Roast-Mah kembali menyengat dengan video terbarunya M.C.R VS Adik Driver Lori (CRINGE + ROAST)!
Dalam video berdurasi hampir lima minit itu, Makcik Roast-Mah atau Arwind Kumar bagi kata-kata pedas dan setepek kena muka mereka yang suka sangat membodohkan diri membuat video yang entah apa-apa katanya!
Yang kelakarnya, siap betulkan ayat adik manja tu pula! " Sis, abang tak besar sis. Kenderaan yang besar." Bila adik manja cakap, ada sahaja yang dibalasnya kembali. "Sebab tu sis, mak cik tak potong. Mak cik sunat je." "Segnal tak wujud sis, it's signal."
Katanya adik manja lagi teruk membuatnya meremang bulu roma, lebih dari King Coco dan Baby Ara!
Dengan mimik muka yang memang serius lawak, makcik kepoh ni memang mendapat perhatian netizen.
Arwind Kumar sebenarnya sudah lama terkenal di media sosial disebabkan banyak video-videonya yang kelakar. Dalam masa yang sama sebenarnya dia juga turut memberi nasihat dan pengajaran.
Bagus juga ada orang macam makcik Roast-Mah ni, sekurang-kurangnya bolehlah bagi teguran dalam bentuk jenaka. Rasanya lebih mudah diterima orang. Betul tak? -CARI
Makcik Roast-Mah atau Arwind Kumar bagi kata-kata pedas dan setepek kena muka mereka yang suka sangat membodohkan diri membuat video yang entah apa-apa katanya!
ok la semua sampah dia kutuk... yg selayaknya di puji dia puji mcm budak cantik yg pandai aritu, yg kutuk budak tu pulak kena balik biasala cantik + pandai ramai la yg jeles dek org2 bodow & huduh...
suka aku tgk cara dia tgk bdk tu mcm mak2 yg bangga sangat anak pandai...
ada sesetengah org mmg da mcm sewel di buat2
sengaja upload video memperbodohkan diri dgn ntah apa gaya/style..tergedik gedik
dan yg aku paling x faham ada la tertengok video istri2 org yg tergedik gedik kat sebelah laki yg tengah drive..
bertambah pelik lg mcam mana dia org tu jd suami yg redha istri tergedik gedik macam tu
utk tontonan org ramai....
mcam sporting x bertempat jerk..ke aku yg berfikiran kuno...
minta dijauhkan la dpt menantu yg mcm tu..mau aku rejek kaw kaw punya..
mau aku jd mertua yg garang nak mampus..