CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1106|Reply: 2

Sepanyol Usir Duta Korea Utara Gara-Gara Ujian Peluru Berpandu

[Copy link]
Post time 19-9-2017 01:27 PM | Show all posts |Read mode
sumber : http://newburghgazette.com & EPA



Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol sebelum ini pernah membuat tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap negara kita berhubung siasatan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol.


Justeru, Malaysia bertindak tegas mengusir Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol dan mengisytiharkan beliau sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dihargai pada 4 March lalu.


Memetik laporan agensi berita China Xinhua, kelmarin Sepanyol telah mengambil keputusan sama mengusir Duta Besar Korea Utara ke Madrid Kim Hyok Choi.


Kementerian Luar Sepanyol mengumumkan keputusan itu menerusi akaun Twitter yang dimuat naik selepas pukul 8 malam waktu tempatan.


Beliau perlu menamatkan tugasnya sebelum 30 September ini.


Langkah itu ekoran ujian nuklear dan peluru berpandu berterusan Korea Utara dan kerajaan Sepanyol berpendapat langkah sewajarnya perlu diambil kerana program berkenaan satu ancaman serius kepada keselamatan dan keamanan dunia.


Menteri Luar Sepanyol Alfonso Dastis berkata pada 1 September lalu, Sepanyol mengarahkan Kedutaan Korea Utara mengurangkan jumlah diplomat negara itu.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah perkhabaran Kang Chol pada masa kini?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 19-9-2017 01:42 PM
Apakah perkhabaran Kang Chol pada masa kini?

Kena makan buaya barangkali?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.112292 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list