Orang ramai dikejutkan dengan penemuan selipar hotel di Perak yang berlapiskan keratan kertas bertulisan arab termasuk dua kalimah syahadah.
Gambar-gambar tersebut menjadi tular selepas dimuat naik di laman Facebook Kelab Info Malaya, memaparkan keadaan selipar berkenaan yang telah dikoyak untuk diperiksa isi dalamnya.
 Foto: FB Kelab Info Malaya
Laporan dari portal Siakap Keli menyatakan, Pihak Majlis Agama Islam Perak (MAIP) sudah mengambil selipar-selipar berkenaan untuk siasatan lanjut.
Pihak hotel dalam kenyataannya berkata, "Jabatan agama Islam pagi tadi, memang dia datang untuk periksa dan memang ada (kalimah arab).
"Tetapi dari pihak hotel, kita memang tak tahu kalimah-kalimah ini ada (di dalam selipar)." katanya. Perkara itu juga kerana mereka hanya mengambil dari pembekal selipar."
 Foto: FB Kelab Info Malaya
Pihak hotel juga telah memberi kerjasama penuh kepada MAIP dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan memberikan maklumat terperinci mengenainya.
"Walaupun kita tidak terlibat secara langsung, tapi nama hotel kita dah terlibat. Jadi, pihak hotel dengan merendah diri memohon maaf atas masalah yang dihadapi biarpun selipar tersebut tidak dihasilkan oleh pihak hotel."
Pihak hotel dan pihak pembekal selipar baru sahaja berurusan selama tiga bulan. -CARI |