View: 18144|Reply: 86
|
[Tempatan]
J: Kerabat Diraja Johor didakwa miliki dadah
[Copy link]
|
|
Kerabat Diraja Johor didakwa miliki dadah
PETALING JAYA - Kerabat Diraja Johor, Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan iaitu menghisap syabu dan memiliki dadah jenis sama dan ganja di sebuah kondominum di Damansara Perdana, di sini, Jun lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Tunku Alang, 31, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.
Mengikut peruduhan pertama, dia didakwa mengunakan dadah syabu di Balai Polis Bandar Utama, di sini pada pukul 2.20 pagi, 4 Jun lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan Seksyen 38B akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali dan diwajibkan selama dua tahun pengawasan polis jika disabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis ganja seberat 0.9 gram dan syabu 0.15 gram di sebuah rumah di Kondominum Ritz Perdana 2, Bandar Damansara Perdana di sini pukul 12 tengah hari pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan dibaca mengikut Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Dalam prosiding itu, turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama iaitu memiliki ganja dan syabu, Puteri Nur Zawani Mohd. Rasid, 33.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsaalna Zainal Abidin menawarkan RM5,000 dengan seorang bagi setiap pertuduhan dihadapi kedua-dua tertuduh.
Mahkamah membenarkan Tunku Alang Reza diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan Puteri Nur Zawani RM3,000 serta menetapkan 31 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.
Tarikh 31 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.
Tunku Alang Reza pernah dikaitkan dengan kematian teman wanitanya iaitu seorang model Reginaa Soosalu di Pulau Rawa, Johor Bahru, tiga tahun lalu. - K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni yg TMJ xngaku sedara tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
apesal dibulatkan muka pompuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ade haku heran? |
|
|
|
|
|
|
|
handsome kah tunku alang reza ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pulau rawa tu..tunku alang pnya ka |
|
|
|
|
|
|
|
(macam)pmpn tu spe? |
|
|
|
|
|
|
|
Taik dadah tegar heols ni. Mereput ajelah kat dalam tu jgn kasi keluar. Menyusahkan org aje. |
|
|
|
|
|
|
|
fishcracker replied at 21-9-2017 05:16 PM
Mana gambo beliau???
Nahhhh
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- replied at 21-9-2017 05:14 PM
(macam)pmpn tu spe?
Mahkamah membenarkan Tunku Alang Reza diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan Puteri Nur Zawani RM3,000 serta menetapkan 31 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.
Puteri nur zawani kott |
|
|
|
|
|
|
|
naper tak ngaku sedara?
cer citer sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Amina_Mirza replied at 21-9-2017 05:22 PM
Nahhhh
Pantas n episyen uol...mcm serap sinclair sekali tengok |
|
|
|
|
|
|
|
fishcracker replied at 21-9-2017 05:24 PM
Pantas n episyen uol...mcm serap sinclair sekali tengok
Ni serap versi lalok manjang, uols |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tasty pun. Macam melayu pprt je |
|
|
|
|
|
|
|
Yg pompuan tu mcm cun je.. suka style rambut maggi tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mengaku tak bersalah lah. Ada orang paksa dia la tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kaitan lelaki ni dengan sultan johor? Anak sedare ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|