Seorang budak lelaki berusia lapan tahun dari Argentina utara-barat Tucuman terpaksa menjalani pembedahan selepas tertelan wisel kecil yang terdapat pada sebuah alat permainan.
Memetik laporan Reuters, wisel yang tersangkut di tekak kanak-kanak itu akan berbunyi setiap kali mangsa bernafas.
Dr Santiago Gomez Zuviria yang merawat kanak-kanak itu terpaksa membuat satu pembedahan kecil bagi mengeluarkan wisel berkenaan.
Sebelum pembedahan dilakukan, Zuviria merakam bunyi yang dikeluarkan ketika budak itu menarik nafas dan memuat naik video berkenaan di Facebook sebagai peringatan kepada ibu bapa.
Bagaimanapun, video itu menjadi tular di Internet kerana dianggap lucu oleh pengguna media sosial dan kini ia ditonton lebih sembilan juta kali.
Dalam video berkenaan, Zuviria menjelaskan bahawa tujuannya bukannya mahu mempersendakan kanak-kanak itu tetapi sebagai peringatan kepada ibu bapa.
Kanak-kanak itu juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kesan sampingan dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.- CARI
mula2 try korek makin ke dlm..mak aku kan sangat garang.. sebelum mak aku marah aku nanges siap2. bila nanges hingus mula ada, jadi xde la kesat lagi. mak aku suruh hembus macam seh hingus keluar la. teringat arwah wan cakap "kacang kuda tu utk masuk dlm mulut.. hg pi masuk dlm lubang hidung bt apa"
actually aku mcm main srg diri ala2 buat magis ade! xdeeee.... masa masuk sebelah lubanng hidung mmg la keluar.. go advance sikit masuk dua2 lubang idung terus tersumbat