View: 1529|Reply: 12
|
Cuba Larikan Diri Dari Sekatan Jalan Raya, Lelaki Cedera Ditembak Polis
[Copy link]
|
|
sumber : Malay Mail Online
Awal pagi tadi, seorang lelaki dipercayai cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya di Jalan Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur menyebabkan polis yang bertugas terpaksa melepaskan tembakan.
Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian 2.15 pagi itu, suspek yang berumur 33 tahun yang memandu kereta jenis Honda City telah membuat pusingan U.
Suspek dikejar oleh kereta peronda polis dari IPD Kuala Lumpur sehingga ke kawasan Kampung Kayu Ara sebelum suspek memandu semula ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), katanya.
“Suspek bertindak memandu secara melawan arus di LDP dan menghala ke Puchong, kemudian kereta suspek melanggar bahu jalan dan berhenti."
“Dia kemudian cuba melarikan diri dengan memanjat pembahagi jalan untuk masuk ke persimpangan Jalan SS2/75.”
Mohd Zani berkata anggota polis melepaskan satu das tembakan dan terkena pada bahagian belakang badan suspek.
"Suspek kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan."
Tambahnya, pemeriksaan mendapati suspek bukan sahaja mempunyai rekod jenayah berhubung kes pecah rumah dan curi kenderaan, malah semakan rekod kereta yang digunakan suspek juga mendapati kereta itu dilaporkan dicuri di Damansara.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
alaa kata hebat buat jenayah
setakat ada road block pn nk cuak
buat2 je la ala2 br blk dr gathering MLM
yakin la sikit smbil2 tu trunkan cermin tingkap sblm polis suruh..pastu bg la salam sikit
baca2 sikit hembus kt polis tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo.. patut la dengar bunyi siren pagi2 smlm.. pukul 2 lebih bising jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut lah tu kan sebab lari. |
|
|
|
|
|
|
|
gangster yg x menjadi nih.
kalau gangster besar, rileks je kalau roadblock |
|
|
|
|
|
|
|
mendapatlah ko... berani buat berani tanggunglah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kantoi sudah siap pakej masuk spital |
|
|
|
|
|
|
|
Bapoknya penjenayah ini khenn sis{:run |
|
|
|
|
|
|
|
aku bengang betul sabtu malam lepas. polis gombak buat roadblock lepas bayar tol gombak hala KL. apa tahik!! jem nak mampus malam tu. babi sangat!
pastu masa roadblock pun bukan cek apa pun, just goyang2kan torchlight je. rasa nak tumbuk je perut buncit polisi tuh |
|
|
|
|
|
|
|
ntah ntah gelabah sebab lesen dah mati roadtax dah mati
dlu aku penah uturn moto depan roadblock polis nasib xkne tembak |
|
|
|
|
|
|
|
patut gi lah nuntut ilmu kebal |
|
|
|
|
|
|
|
giler hebat dah la menongkang arus pastu boleh pulak lari memanjat pembahagi jalan tu, ni mmg betul2 melarikan diri |
|
|
|
|
|
|
| |
|