Gara-Gara Bergayut Di Tingkap Kereta,Wanita Maut Rempuh Tiang Papan Tanda
Malang tidak berbau, hanya kerana ingin berhibur dengan cara yang tidak sepatutnya, seorang wanita menemui ajal dalam keadaan yang mengerikan.
Memetik laporan Daily Mail, seorang wanita Rusia berusia 35 tahun maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika sedang duduk bergayut di tingkap kereta di bahagian penumpang hadapan, semasa rakannya sedang memandu serta merakam gelagatnya.
Mangsa berasal dari Moscow dikenali sebagai Natalia Borodina, sebelum itu menanggalkan bikininya dan duduk di tingkap kereta sambil dirakam oleh rakannya.
Video viral itu menunjukkan mangsa dalam keadaan separuh bogel kelihatan sedang 'beraksi' sebelum merempuh tiang papan tanda jalan.
Difahamkan video itu dirakam di lebuh raya berdekatan Punta Cana, di Republik Dominica, yang dirakam sendiri orang rakannya, Ivanna Boirachuk, 32, yang juga memandu kereta tersebut.
Lapor media Rusia, mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggalkan dunia kerana mengalami kecederaan yang serius.
Sementara itu, netizen di media sosial menyalahkan Ivanna kerana tidak fokus pada pemanduannya sehingga menyebabkan mangsa merempuh tiang papan tanda jalan.
Selain itu, netizen juga turut mengecam tindakan mangsa yang dilihat sengaja membahayakan diri sehingga menyebabkan dirinya maut, sekaligus menyebabkan anaknya kehilangan ibu.- CARI