Kes serangan seksual memang dah banyak sangat berlaku di kalangan selebriti antarabangsa.
Aktres Angelina Jolie dan Gwyneth Paltrow adalah antara nama besar yang tidak terlepas dari perbuatan keji ini.
Namun lain kisahnya dengan Aishwarya Rai kerana dia sangat beruntung ada Simone Sheffield yang pernah menjadi pengurusnya dahulu kerana berjaya diselamatkan dari menjadi mangsa serang seksual.
Aishwarya Rai dan Harvey Weinstein , Foto: Daily Mail
Menurut laporan Daily Mail, Simone menyelamatkan heroin Bollywood itu dengan tidak pernah meninggalkannya berdua bersama penerbit, Harvey Weinstein.
"Harvey bagaikan pembuli yang berperwatakan binatang. Harvey beberapa kali meminta saya untuk meninggalkan mesyuarat untuk berdua-duaan dengan Aishwarya tetapi saya menolaknya dengan sopan selain melindungi aktres tersebut.
"Harvey juga pernah bertanyakan saya bagaimana hendak bertemu Aishwarya secara bersendirian," katanya.
Aishwarya Rai dan Harvey Weinstein , Foto: Twitter
Laporan dari BBC juga menyatakan beberapa aktres Hollywood serta kakitangan syarikat milik Harvey juga pernah tampil membuat laporan mengenai perbuatan terkutuk penerbit itu sebelum ini.
"Lindungi satu sama lain, saling menyokong satu sama lain. Saling menyayangi," tambah Simone lagi.
Tak faham dengan sikap sesetengah penerbit yang suka sangat ambil kesempatan dengan artis! Mohon dapat hukuman yang setimpal nanti. -CARI |