CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 37753|Reply: 334

[Edisi Makan Nasi Minyak?] Shahir nak sunting Erra awal tahun depan

[Copy link]
Post time 19-10-2017 02:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by melnanzz at 19-10-2017 02:56 AM



Shahir nak sunting Erra awal tahun depan
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]



SHAHIR memaklumkan bakal menyunting Erra Fazira, sebagai isteri selewat-lewatnya awal tahun depan. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Shahir Zawawi memaklumkan bakal menyunting aktres, Erra Fazira, sebagai isteri selewat-lewatnya awal tahun depan.

Penyanyi yang juga bekas juara program Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu juga menegaskan, hanya Erra yang kini bertakhta di hatinya.

Shahir yang kini giat melakukan persediaan menghadapi peringkat akhir program AF Megastar itu berkata demikian ketika dirinya kini terpalit kontroversi kononnya mempunyai hubungan dengan pramugari bernama Mona Syamimi, yang mula diperkatakan semalam.

"Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dirinya.

"Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya, awal tahun depan. Kenyataan ini juga dikeluarkan bukan bermaksud saya cuba mengalih kontroversi yang melanda sekarang.

"Saya perlu memberikan justifikasi kepada perhubungan kami. Harapan saya, tiada orang lain yang akan mengganggu-gugat hubungan kami," katanya.

Dalam pada itu, Shahir juga menunggu kenyataan daripada Mona bagi membersihkan namanya kerana menggambarkan dirinya cuba berlaku curang dan mempermainkan perasaan Erra.

"Nampak ada percanggahan kenyataan antara saya dengan Mona. Saya diberitahu, wujud salah faham terhadap kenyataan yang diberikannya.

"Mona berjanji akan memberikan kenyataan baharu, sekali gus membersihkan nama saya. Saya kini hanya menunggu dan lihat," katanya.

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan cerita Shahir, yang diketahui ramai menjalinkan hubungan bersama Erra, 43, tiba-tiba dikaitkan dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin.

Ia bermula apabila foto Shahir, 29, bersama wanita itu tersebar di laman sosial. Tambah hangat, keterangan gambar yang dilampirkan bersama foto seolah-olah menunjukkan mereka pasangan kekasih.

Shahir bagaimanapun menjelaskan, hubungan mereka tidak lebih daripada peminat dan artis. Namun, menerusi sebuah portal, Mona mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan pengakuan penyanyi lelaki berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga perkahwinan ni yg terakhir buat erra n jgn awal tahun depan kau hilang dari radar pulak shahir
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Still x leh hadam apa ratu pandang kt heols ni..Masih ada masa ratu utk ubah fikiran.. Dah habis fikir ke? Hmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Odd couple tp itu life diaorang so lantak la
Doa yg baik2 je
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Da abis pk ke erra ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak nikah lagi. Dah tenang hidup sorang, fokus dekat anak je lar. Lelaki ni nampak macam bakal bermasalah je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2017 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.  
Mona ni who r yusss?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin iols nak tahu. Apa katanya si mona syamimi itu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 19-10-2017 06:28 AM
Kenapa nak nikah lagi. Dah tenang hidup sorang, fokus dekat anak je lar. Lelaki ni nampak macam baka ...

Kau ni bila gersang takkan nk pakai tgn hidup ini perlukan pasangan..org yg takde pasangan takde kebahagiaan.jgn la nk hipokrit..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Alvida replied at 19-10-2017 07:02 AM
Kau ni bila gersang takkan nk pakai tgn hidup ini perlukan pasangan..org yg takde pasangan takde k ...

Kebahagian bukan pada seks je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 07:15 AM | Show all posts
curlassss kan reput... diam diam highlight umur
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 07:17 AM | Show all posts
mamat sendu ni ape income dia ek? nak sunting erra, dah sah2 tinggi komitmen tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
hanya yg otak sempit je hadkan kebahagian pd seks.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 07:42 AM | Show all posts
dan dan keluar statement nak pinang erra kan, takutlah tu ratu lari ehhh

kalau dah keluar tgh2 mlm dgn si mona tu peminat apanya wehh bam sahir, ke mmg ko biasa keluar dgn peminat2 tgh2 mlm mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
die game kan si erra la tu xkn xphm2 lg erra ptt dh bnyk pengalaman tntg llaki
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 08:01 AM | Show all posts
tabah lah mona kena friendzone
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 08:09 AM | Show all posts
malas nak sentuh pasal hubungan diorg...
cuma aku mmg tak berkenan tengok shahir ni..
control geletis... semoga tak hilang dari radar bila bermasalah kalau jadi diorg ni kawen.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 08:29 AM | Show all posts
Shahir takut.
Selama ni dua2 senyap.
Tetiba bg statement nk masuk meminang.
Takut ler tewwww
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 08:33 AM | Show all posts
dan2 je ko umum lagi beberapa hari nak final AF...harus pengaruhi undi kan...walaupon.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 08:35 AM | Show all posts
samasam90 replied at 19-10-2017 07:15 AM
curlassss kan reput... diam diam highlight umur

aku pun perasan jgk niat tersembunyi itu tp apapun kita doakan yg baik2 aja utk mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akku7887fddbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
prateek dalla
akku7887fdprateek dalla
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji bol lala
akku7887fdbhatt ji bol lala
Views : 1616 Replies : 0
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 11990 Replies : 6
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 33648 Replies : 9
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang.
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 36803 Replies : 72
travel
c.arlos.adaru.stravel
Views : 3739 Replies : 0
travel
c.arlos.adaru.stravel
Views : 3740 Replies : 0
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 12703 Replies : 12
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277858 Replies : 1520

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 03:35 AM GMT+8 , Processed in 1.037902 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list