CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6124|Reply: 23

Alahai, Kondom Kondom!

[Copy link]
Post time 25-10-2017 11:16 AM | Show all posts |Read mode
ALAHAI KONDOM KONDOM


Ada laporan akhbar yang dipost kat FB baru baru ini pasal  kondom yang dah diguna berselerak, bertaburan di satu kawasan letak kereta di bandar Seremban kalau tak silap saya.


Tak pelu dihuraikan apa yang terjadi atau apa yang berlaku di kawasan parkir itu sebelum kondom bertaburan.


Katanya ada satu “bilik kecil”di situ untuk aktiviti sebelum kondom dibuang merata rata setelah diguna pakai.






Benda ini bukan baru. Masa saya muda muda dulu pun berlaku. Di beberapa tempat.  Cuma pada zaman itu kami tak cakap kondom. Kami kata French cap. Topi Perancis . Entah macam mana istilah itu wujud atau siapa yang first beri nama itu tak lah kami tahu. Tak tanya pun. Orang kata French cap kami pun kata French cap.


Berbalik kepada cerita kawasan tempat letak kereta di Seremban tadi.


Jelaslah pasangan yang jalankan aktiviti datang bila kawasan parkir dah kosong. Lewat petang  atau waktu malam. Dan daripada bilangan kondom terpakai yang berselerak tempat itu memikat ramai pengunjung.


Akhbar yang menyiarkan laporan itu turut memetik komen orang awam yang marah dan jijik dengan  apa yang berlaku.






Ada yang berpendapat apa yang berlaku ialah kerana betapa senangnya orang beli kodom. Orang tua, muda, remaja semua senang beli kondom. Pilih, bayar dan beredar. Lantas ada yang mahu ini diperhatikan. Dalam erti kata lain mungkin mereka mahu penjualan atau lebih tepat pembelian kondom diperkatakan. Supaya susah sikit untuk beli.


Mungkin mereka mahu kondom tidak boleh dibeli oleh golongan yang berusia 18 tahun ke bawah. Macam pembelian rokok atau minuman keras. Ada notis yang jelas menghuraikan peraturan.


Tapi yang guna kondom dan mungkin yang buang kondom selepas digunakan golongan dewasa atau  geng tua. Tak semestinya budak bawah umur.
Atau mungkin ada yang mahu pembeli kondom mesti register nama alamat sebagainya? Tak praktikal la kot.


Jika dilaksanakan pun ia tidak akan bawa apa apa kesan.


Rasanya kita semua faham isunya ialah kegiatan seks. Itulah sebabnya akhbar siarkan laporan kondom bertaburan dan orang awam beri komen. Namun aktiviti seperti yang berlaku di kawasan letak kereta itu akan berterusan.






Oklah mungkin boleh tugaskan security guard di kawasan itu. Atau pasang lampu. Apa yang akan berlaku? Si pengunjung pergi tempat lain.


Mereka ada pelbagai pilihan. Benda benda macam ni susah dibendung. Malah mustahil.


Itu realiti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2017 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik guna kondom dr isu2 lain pulak timbul...
Kondom juga ada dberi percuma olh pusat khidmat masyarakat & klinik2 terpilih...
Golongan yg bpontensi tinggi spt Transgender& drug addicts juga dpt percuma...
Isu sbgini perlu dlihat secara meluas... ia utk mngelakkn penyakit spt STD & moral jiwa spt pmbuangan bayi & jenayah rogol juga.
Dr segi pngekangan... PBT perlu lihat kwsn parkir itu bwh PBT mana? Perlukah sekuriti? Lampu yg terang? Rondaan pihak bkuasa scara bkala? Ia bukannya ISU KONDOM... KONDOM  x bersalah kot...
{:nose{:nose{:nose{:nose
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 11:44 AM | Show all posts
kalau xde kondom budak ni boleh beli sepaket belon.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 01:00 PM | Show all posts
bukan masalah kondom ni... masalah budak2 skrg advance lebih.................
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf ya
Aku baca penulisan ni mcm baca karangan aku sebatang prnsil
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tambahkan susah beli kondom. Tambahkan budaya melentur buluh dari rebung. Terapkan nilai dari kecil. It takes a village to raise a child- komuniti pun perlu peka dan prihatin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2017 03:47 PM | Show all posts
biorla dia berkondom... dosa sesama dorg dr bangang2 yg tak pakai pastu ter peknen buang anak2 bersepah2 mcm sampah
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2017 04:30 PM | Show all posts
kondom boleh dapat pree kat kk kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2017 07:21 PM | Show all posts
bodohnya yg bagi cadangan hadkan umo beli kondom.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 09:05 AM | Show all posts
haih mcm2 la.. tak boleh terima akal bila nak had kan beli kondom.. kalau da birah sejak 13 tahun.. harus galakkn depa pakai..  supaya tak membiak lagi golongan gtu.. susah nak control haaa budak2 birah zaman skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 09:28 AM | Show all posts
agaknya penulis ni lagi suka tgk org buang bayi kot.. bingai
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh better buang kondom bersepah dr buang bayi bersepah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 03:06 PM | Show all posts
patot buat report kt pihak berkuasa, jadah apa nk usik psl kondom
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kondom ni nk cegah aids dan perkara lebih teruk. Tapi tu x bermakna aku menyokong pbuatan x bmoral ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2017 11:38 PM | Show all posts
Condom is for good only ya
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2017 10:06 AM | Show all posts
Kenapa jadi sebegitu sekali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2017 02:49 PM | Show all posts
Sepatutnya netizen yg komen suruh kuatkuasakan undang2 beli kondom tu perhatikan tindak tanduk anak mereka. ada kondom takder kondom seks ttp berleluasa yg beza cuma, klu takder kondom maka bayi2 dibuang  dan makin ramai pesakit pelbagai penyakit. Jadi kita kena cantas punca utama hal ni, iaitu seks.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2017 07:55 PM | Show all posts
Well on the bright side they used protection. At least ada kesedaran tu. Safe sex. Kalau main enjut je kang mula la kes buang bayi lagi. Yes they olls still berzina but bila dah ada protection tu harapnya kurangkan statistik buang bayi la hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 07:32 PM | Show all posts
kesedaran safe sex tu ada...tapi janganlah buang sampah merata2
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 07:45 PM | Show all posts
hmmm
bkn masalah senang beli kondom

masalah nye org dah xde harga diri
dah xde malu pada tuhan
klo ade malu pada tuhan

no matter what ur religion is,
xkan ade kejadian cmnie

makin punah dah dunia
oh well
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.306845 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list