View: 7286|Reply: 58
|
Harga Makanan Melampau Buat Pengguna Tertekan Dan Menyampah!
[Copy link]
|
|
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasih. Apa yang anda makan hari ni untuk sarapan pagi, makan tenghari dan makan malam? Adakah apa yang dimakan itu berbaloi dengan apa yang dibayar. Kalau masak sendiri oklah tapi kalau makan di restoran adakah pelaburan makanan tu puas dengan apa yang dilaburkan?
Saya pernah ada pengalaman makan di sebuah kedai makanan nasi campur. Kedai makan nasi campur biasa bukan ada bintang pun. Tekak Melayu jadi memang nak makan tengah hari tu nak makan Masak Lemak Daging Salai. Nampak je lauk tu terus ambil bersama dengan sedikit sayur goreng dan paru goreng.
Kemudian minum tu orderlah air buah nak fresh tengah-tengah panas tu kan. Masa makan tu adalah akak tu datang ke meja kira berapa harga yang kita makan, lepas dia tulis atas sekeping kertas putih tu dia selit bawah pinggan kita makan. Jadi makanlah dengan rakus kerana lapar dan makanan kat situ boleh tahan sedap dan cukup rasa.
Lepas dah kenyang puas makan habis semua sekali sampai jilat jari tu pergi basuh tangan dan nak pergi bayar. Confident jer masa nak bayar tu bagi kertas putih yang akak tu tulis tadi dan sekali orang kat kaunter tu sebut RM15.50. MasyaAllah terkejut beruk. Tanya sekali lagi berapa harga yang saya makan tadi dan dia ulangi yang sama.
Punya tak percaya kepada orang tu minta balik kertas putih tu dan tengok sendiri ngan mata kepala memang terperanjat sangat harga sampai macam tu satu pinggan. Masa tu nak marah tapi sebab dah kenyang dan orang kata tak baik kalau dah makan kita nak marah-marah makanan tu nanti tak berkat jadi bayar jer lah nasib masa tu cukup duit.
Tapi balik tu memang menyumpah jugalah kat kedai tu dan memang tak akan datang lagi kedai makan tu. Harga tu mahal sampai tak logik dengan apa yang kita makan bukan makan kat café hotel 5 bintang pun nak harga mahal macam tu.
Korang pernah pengalaman macam tu terkena harga makanan yang sangat mahal dan melampau. Dulu ada viral pasal ikat tepi minuman itupun nak kena cas pastu kena denda kedai minuman tu. Lepas tu baru-baru ni pula viral pula seorang kakak tu kata “laki dia makan ikan duyung ker” sebab harga makanan tu terlalu mahal. Padahal hanya makan sambal udang 4 ekor jer boleh cecah sampai RM100 untuk dua orang makan.
Pamerkan tanda hargalah!
Rasa kadang-kadang tokei kedai makan ni melampau sangat letak harga pada pengguna. Bagi saya kalau kita sebagai pengguna nak elak daripada terkena dengan keadaan macam ni kita kena cari kedai makan yang pamerkan setiap harga makanan kerana itu wajib. Boleh dikenakan tindakan oleh pihak KPDNKK kerana tidak mempamerkan harga makanan.
Kemudian sebagai pengguna sekiranya kita menghadapi masalah seperti mana kes yang viral tadi atau kes-kes lain yang kita rasa tidak sepatutnya dilakukan oleh pengusaha kedai makan korang boleh buat aduan melalui applikasi. Sekarang ni KPDNKK ada satu mobile aplikasi iaitu Ez ADU KPDNKK. Korang boleh muat turun aplikasi ni secara percuma di telefon pintar dan boleh terus buat report kat dalam tu dan tindakan akan terus diambil oleh pihak KPDNKK lagi berkesan.
Nak tahu lanjut boleh pergi ke laman ni http://bit.ly/EZADUKPDNKK.
Rasanya daripada korang tularkan kat laman sosial yang akhirnya akan buatkan kedai makan tu lagi popular baik buat aduan kat situ, silap-silap mereka terus tutup kedai. Bukan nak perdajal kedai makan tu tapi nak menegak keadilan kepada pengguna yang sering tertindas. Macam-macam aduan yang berkaitan dengan pengguna korang boleh buat dalam aplikasi ini.
Juga kepada perusahaan kedai makan janganlah kerana harga barang naik sikit kita nak kenakan cas yang melampau kepada pengguna. Ini akan memberikan persepsi yang buruk kepada kedai makan kita untuk jangka masa panjang memang boleh cepat untung tapi orang akan beralih ke kedai lain kerana harga kita terlalu mahal.
Paling penting kena patuh kepada peraturan di mana kalau kita nak berniaga biar jujur dan letaklah tanda harga. Kadang-kadang kita pengguna jadi keliru dan was-was nak ambil makanan tu. Kita pun yang nak makan tu kalau nampak macam pelik je jangan lah pakai ambil je tanya dulu kat pekerja kedai berapa harga makanan kalau tiada tanda mungkin ia akan membantu.
Apa pun pengguna dan peniaga sama-sama ada peranan masing-masing dalam mengawal semua ini. Moga hidup lebih aman dan tiada lagi isu tular yang kurang sihat seperti ini. Oklah jangan lupa untuk follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahamahu juga ya. Jadilah pengguna bijak dan perniaga berhemah. Selamat menjamu selera. |
|
|
|
|
|
|
|
aku klu xdak harga..... mmg xbeli kat food court ka psar malam ka |
|
|
|
|
|
|
|
cissss, iols paling xsuka mkn nasi cmpur sbb kita pun xtahu brp harga lauk yg kita ambik tu. . |
|
|
|
|
|
|
|
pengajaran, lain kali kedai nasi campur ambik la nasi dan lauk berpada-pada..
jangan ikut nafsu mata semua nak amik ikut sedap..
lain la kalau makan buffet..
dan tanya dulu harga kalau udang sotong ketam ikan bagai tu..
kita pun sedia maklum harga seafood memang mahal..
kalau nak murah, masak sendiri bawa bekal..
|
|
|
|
|
|
|
|
betul sangat..
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu nasi berlauk 1 pinggan jadi mahal utk jenis yg suka merasa
ayam dgn sayur mcm biasa, nk rasa udang amik 2, nk rasa sotong amik 2
yg tukang kira plak mana reti nk kurangkan harga, mmg ikut harga lauk la |
|
|
|
|
|
|
|
tips akak mudah je tengok driver lori driver bas ada lauk situ fresh dan murah. kalau takde lori bas parking tepi malas nak berhenti.
kat RnR jarang makan sebab masakan rasa kurang menyengat rasa mcm minum air suam. lagipun harga mahal mcm kedai mamak.
kedai mamak warna makanan je cantik tp bila rasa menyesal xsudah. jadi hargailah kedai melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Makan nasi campur ni memang harga x sama..Ada yang murah ada yang mahal..
Lagi suka order yang nasi set terus..Jimat dan hati pun senang..
|
|
|
|
|
|
|
|
emelia1509 replied at 27-10-2017 04:32 PM
Makan nasi campur ni memang harga x sama..Ada yang murah ada yang mahal..
Lagi suka order yang na ...
sama yunk, tu laa iols xsuka mkn nasi campur kang lari bajet kang! HAHAHA |
|
|
|
|
|
|
|
Boikot je kalau kedai makan mahal. Mesti pekedai tu tak tahan punya. |
|
|
|
|
|
|
|
gua yg keje kt TTDI ni pon dh semput dgn harga2 mknan kt sini |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu makan kat kedai yang sama, selain dari rasa lauk yg sedap, tuan punya kedai kira cincai je sebab dah kenal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul! Aku benci gila kedai yang tk letak tanda harga. Ade sekali tu aku gi kedai mamak deen. Aku tnya rojak ayam 1 brp. Die ckp india ngn kawan dia. Pastu die ckp rm9. Aku kate mak oihhh rojak ayam smpi rm9. Pastu die balas balik rm8.50. Ewah. Tp sbb pikirkan mak aku dh ngidam mkn bende tu aku beli la jgk sebungkus dgn hati bengang. Bila dh siap die suh byr kt cashier. Aku gi cashier aku tnye blk cashier brp sbungkus? Dia punya la lama tnye kt kawan2 brp rm sebungkus. Weh mustahil ko jaga cashier ko tktau harga? Pastu aku mintak resit tknk bg plak tu. Tgn terketar2 bile aku kate apesal mahal sgt? Rojak ayam je pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Slalu terkena harga makanan xsama..hari ni cas murah,bsk cas mahal..and the list go on |
|
|
|
|
|
|
|
Girls sepatutnya makan salad aja waktu lunch lah.. buat salad sendiri dri rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah kena dekat seksyen 7 kedai baru buka la aku pergi lepas habis kerja. Boho pantai timur ke apa nama kedai dia. Aku pergi la ushar jual apa. Dia ada pamer menu & price sekali. Ada nasi kerabu, nasi kromok, pulut mangga, pulut ayam dll. Aku order la nasi kromok 1 harga sebab harga dia rm4.50. Bila bayar terkejut aku total rm7.50. Aku argue la cakap nasi tu harga rm4.50. Cashier tu cakap rm4.50 tu harga nasi sahaja. Ayam harga lain. Cilaka betul panas je hati ni nasi beras biasa ja boh kaler kuning cas sampai rm4.50! Bukan nasi beras briyani pon! Dahla tak bagi kari ke apa, makan nasi dengan sos thai yang manis tu. Dekat tanda pamer harga tulis nasi kromok rm4.50. Patut dia tulis nasi kromok ( nasi sahaja ) rm4.50. Boikot aku kedai ni
Contoh menu dia.
Nasi kromok rm4.50
Nasi kerabu rm6
Ayam seketul rm3
Ayam kg 1 ketul rm4 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah kena dekat seksyen 7 kedai baru buka la aku pergi lepas habis kerja. Boho pantai timur ke apa nama kedai dia. Aku pergi la ushar jual apa. Dia ada pamer menu & price sekali. Ada nasi kerabu, nasi kromok, pulut mangga, pulut ayam dll. Aku order la nasi kromok 1 harga sebab harga dia rm4.50. Bila bayar terkejut aku total rm7.50. Aku argue la cakap nasi tu harga rm4.50. Cashier tu cakap rm4.50 tu harga nasi sahaja. Ayam harga lain. Cilaka betul panas je hati ni nasi beras biasa ja boh kaler kuning cas sampai rm4.50! Bukan nasi beras briyani pon! Dahla tak bagi kari ke apa, makan nasi dengan sos thai yang manis tu. Dekat tanda pamer harga tulis nasi kromok rm4.50. Patut dia tulis nasi kromok ( nasi sahaja ) rm4.50. Boikot aku kedai ni
Contoh menu dia.
Nasi kromok rm4.50
Nasi kerabu rm6
Ayam seketul rm3
Ayam kg 1 ketul rm4 |
|
|
|
|
|
|
|
I yg duk ceruk malaysia ni pun takut nk amik nasi campur..nk selamat cari kedai yg jual nasi set harga fix
Nasi kukus aym berempah ke,nasi ayam ke |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane: Boikot je kalau kedai makan mahal. Mesti pekedai tu tak tahan punya.
Kalau ambil ayam atau sotong confirm dah lebih rm5. Aku semalam makan tenghari aku siap snap guna smartphone time bayar aku tunjuk gambar tu. Akak tu gelak kan aku{:laugh |
|
|
|
|
|
|
|
Tengahari td mkn kat luar dgn mak.. Mak makan nasi campur lauk sayur pakis dgn ikan masak kicap seketul, kopi o panas, sy makan kuetiaw goreng seafood.. Harga makan rm16.40.. X tau lah mahal ke murah |
|
|
|
|
|
|
| |
|