CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4369|Reply: 38

[Dunia] Lelaki Tikam, Tuduh Kekasih Ada Hubungan Dengan Pereka Kasut terkenal Jimmy Choo

[Copy link]
Post time 1-11-2017 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 1-11-2017 01:30 AM

Lelaki Tikam, Tuduh Kekasih Ada Hubungan Dengan Jimmy Choo

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/10/31/wanita-ditikam-kekasih-paranoid/

Diterbitkan: Selasa, 31 Oktober 2017 3:39 PM

Natasha Wild dan Lloyd Brackenbury. -fotoCavendishPress/TheSun

DIARI seorang pelajar mendedahkan tentang kehidupan yang dilaluinya sebelum dia ditikam oleh teman lelaki yang kuat cemburu.
Natasha Wild, 23, menyimpan maklumat mengenai sikap paranoid Lloyd Brackenbury yang juga selalu mencemuh kakaknya yang terbunuh dalam kebakaran.

Dalam diarinya yang bertajuk 'Bagaimana kehidupan dengan Lloyd', dia menulis tentang bagaimana dia tiba-tiba dikejutkan teman lelakinya pada waktu malam, dipanggil penipu dan dia juga dituduh mempunyai hubungan dengan pereka kasut terkenal Jimmy Choo.



-fotoCavendishPress/TheSun

"Lloyd percaya saya menipunya dengan menjalinkan hubungan dengan lelaki pereka fesyen bernama Jimmy Choo.

"Suatu hari saya pulang ke rumah dengan seluar basah kerana memandikan anjing di rumah ibu bapa saya, tetapi bagi Lloyd saya telah tidur dengan seseorang dan dia percaya saya seolah-olah cuba untuk membunuhnya, dia fikir saya adalah sebahagian daripada Mafia.

"Malam tadi, pada 8 Oktober dia berjaga sehingga 5 pagi tanpa bercakap dengan sesiapa, memanggil saya penipu dan cuba mengejutkan saya," memetik laporan The Sun.

Dalam satu entri dia mendedahkan bahawa Brackenbury akan memeriksa kemaluannya untuk memastikan dia tidak tidur dengan lelaki lain.
Diarinya itu ditemui selepas dia ditikam secara ngeri di leher dalam kejadian di kediaman mereka di Rochdale November lepas.

Ia juga mendedahkan bahawa Wild telah hamil anak Brackenbury tetapi menggugurkan kandungan secara rahsia.

Dia memberitahu ibunya, 'Lloyd akan bunuh saya jika dia tahu'.


-fotoCavendishPress/TheSun

Mahkamah Manchester mendengar bahawa Brackenbury mempunyai masalah 'skizofrenia paranoid' (sakit mental/jiwa kronik) dan pernah ditahan di hospital psikiatri.

Wild, yang menghidap cerebral palsy, adalah pelajar tahun tiga di Liverpool Hope University.

Pada Jun 2005, adik lelakinya, Alan Wild, sembilan tahun, kakak tirinya, Layla, 23, dan anak perempuan Layla, Courtney Nabb, 11 bulan, terkorban dalam satu kebakaran bersama seorang lagi rakan keluarga, Cole Ridgway yang berpunca daripada kerosakan alat elektrik.

-fotoCavendishPress/TheSun

Dia dan Brackenbury, bekas pelajar sains forensik di Manchester University bertemu pada tahun 2009 dan menjalinkan hubungan pada 2015 dan kemudian tinggal bersama.

Tetapi beberapa bulan sebelum kematiannya, dia berdepan kesukaran untuk menyuruh teman lelakinya itu mengambil ubat dan situasi itu telah diceritakan kepada ibunya, Susan.

Ibunya memberitahu mahkamah: "Sekitar setahun sebelum ini, dia mengandung dan menggugurkan kandungan tanpa pengetahuan Lloyd.

"Dia tidak memberitahunya kerana takut Lloyd akan membunuhnya yang ketika itu saya fikir sudah terlambat untuk memberikan komen.

"Dia menambah bahawa hubungan mereka sangat 'dahsyat' dan Natasha telah meraung apabila dia dituduh menipu." -metroUK

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Psiko..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:00 AM | Show all posts
ngeri wei org mcmani..kalau boleh elak sepptnya elak awl2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:05 AM | Show all posts
Aduh, macam mana dia boleh nak ada relationship dengan orang yang sakit macam ni? Sudahnya makan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara stilettos dan bf mental...
Tak susah sangat nak buat pilihan disini...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Siap periksa kemaluan lagi? Gila
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2017 10:19 AM | Show all posts
Sekali dah terjebak dengan orang sakit macamni, susah nak lari.
Kalau orang tu tak mati, dia yang mati.
RIP.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:29 AM | Show all posts
uishhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya....psiko + gila...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
selayak nya pah couple bimbo ini
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
beautiful mind
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:54 AM | Show all posts
ingatkan melayu je asal berlaki..
kokesen pun ada ye..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:57 AM | Show all posts
Tak pasal2 Jimmy Choo pun dikaitkan sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
This may be a generalization, but most of the cases yang I dengar from my psychologist lecturer, kes- kes mental illness ni mesti kebiasaannya pelajar forensic science
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 11:01 AM | Show all posts
berhati2 lah sblm terima pasangan dlm hidup kita...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 11:02 AM | Show all posts
x menahan kata ade hubungan ngn Jimmy Choo

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2017 11:08 AM | Show all posts
kesiannya hidup dengan lelaki gila..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 11:26 AM | Show all posts
bukan senang nak keluar dari hidup orang gini
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit terok ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
knnk replied at 1-11-2017 10:58 AM
This may be a generalization, but most of the cases yang I dengar from my psychologist lecturer, kes ...

Deols minat dgn benda2 sebegitukah?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064068 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list