Tak sangka hubungan Jennifer Lawrence dan Kim Kardashian rupa-rupanya sangat rapat.
Menjadi tetamu dalam rancangan Jimmy Kimmel Live! membuatkan segalanya terbongkar cerita antara mereka berdua.
Menurut The Sun, Jennifer atau lebih mesra dipanggil J-Law mengaku pernah berbogel di rumah Kim Kardashian.
Foto: IG Jennifer Lawrence
Menurutnya dia menerima undangan untuk makan malam oleh Kris Jenner dan keadaan menjadi buruk selepas dia mabuk.
"ada mulanya saya minum 5 gelas martini dan tiba-tiba sahaja saya sudah bogel di dalam almari Kim."
Sementara itu Kim yang diminta untuk mengulas tentangnya berkata,
"Buat pertama kali saya nampak mak dan J-Law mabuk bersama-sama. Hari itu memang betul-betul meriah."
Kris Jenner dan Kim Kardashian, Foto: Instagram
Menurutnya lagi semasa mabuk, J-Law meminta Kim untuk menyoleknya dan mengajak suami Kim, Kanye West untuk sertai bersama.
Mujur Kim awal-awal lagi sudah memaklumkan suaminya agar tidak masuk ke bilik kerana sudah melihat Jennifer tidak berpakaian.
Tak dapat dibayangkan kalau Kanye masuk ke bilik, apa reaksinya agak-agaknya ya? -CARI
|