CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 4235|Reply: 41

Pesta Durian Malaysia Di China Untung RM2.5 Bilion

[Copy link]
Post time 7-11-2017 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Durian sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia, malah ramai orang luar yang menyukainya walaupun baunya yang agak menyegat.




Foto: VKEONG.COM




Ini dapat dilihat menerusi Pesta Durian Malaysia 2017 yang dianjurkan di Nanning, China mulai 3 November lalu, mendapat sambutan hebat daripada rakyat republik itu.


Menurut Sin Chew Daily seperti dipetik FMT, pengusaha durian tempatan berjaya memeterai perjanjian dianggarkan berjumlah RM2.87 bilion menerusi pesta itu.

“Jumlah urus niaga Pesta Durian Malaysia 2017 pada 2 hari pertama mencecah 4 bilion yuan (RM2.5 bilion),” kata penganjur bersama pesta itu, Dominic Su.


Tambah Ketua pegawai eksekutif Regal International itu, acara tiga hari itu dikunjungi 165,000 orang pelawat berbanding sasaran asal 100,000 orang.


Malah, ada yang sanggup terbang dari Liaoning atau memandu selama 5 jam ke Nanning semata-mata untuk menikmati Musang King.

“Pesta durian yang diadakan julung kali ini mencapai prestasi di luar jangkaan sehinggakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganggap ini satu kejayaan," katanya.


Lebih menarik, bandar Nanning di wilayah Guangxi diberi jolokan “Bandar Musang King Malaysia” berikutan menjadi laluan yang menyambungkan 10 negara Asean dalam inisiatif “One Belt One Road”.








Menurut Su, Guangxi berpotensi menjadi pusat pengedaran Musang King, buah-buahan tropika dan produk berkaitan durian ke Nanning dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia di tenggara China. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2017 11:35 AM | Show all posts
jual la banyak2 luar sana..sampai durian kat sini pun jual bukan mahal harganya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 11:48 AM | Show all posts
jom tukar ladang getah dan kelapa sawit kpd ladang durian
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 11:50 AM | Show all posts
Betapa berkualitinya durian Malaysia....

Dan confirm tanah2 di pendalaman Malaysia akan bertukar tangan kepada bukan Melayu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku masih mengidam durian..tak,puas mkn haritu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh tukar sawit ke durian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2017 12:45 PM | Show all posts
Tunggu china dpt buat durian tiruan...

Baru la marhaen dpt mkn durian harga mampu milik..

Beras, telur dah buat....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 12:54 PM | Show all posts
bagus la durian ni naik harga...
x yah  aku nak sebok2 beli...
kalau x berbiji2 aku mkn sekali hadap je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2017 12:56 PM | Show all posts
ok... one word.

lancau!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 01:00 PM | Show all posts
halaaa...ini meniaga dengan bangsa C, semua sekejap2 je...
tengah nak makan...lepas2 ni, semua pakat bosan nak makan...
linkup balik...

sekarang..toke2 eksen la...

jual durian timbang kilo...

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Next time timbul la clon{:smile{:smile{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 02:01 PM | Show all posts
mizkajura replied at 7-11-2017 01:42 PM
Next time timbul la clon{:smile{:smile{:smile

China sedang clone, tapi kualiti tak sama musang king malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 02:25 PM | Show all posts
kemain durian msia smpai kat sana smpai untung bilion2

kita kt sini nk merasa kemain payah

tahun 2017 aku x rasa lgsg durian lg ni sbb x jupe lg durian jual kt mana2

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengarnya thn depan harga durian di Malaya lg meningkat tinggi sbb kementerian mahukan buah durian dieksport aje. Jadi mereka telah tetapkan harha dan nanti penjual pun kabor laaaa mereka jual ikut harga yg telah ditetapkan bla blab labla
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully cepat2 lah ladang2 kat indonesia dan thailand tanam durian musang king byk2 dan besaran ... jd xde lah rakyat negara kita kempunan atau hadap nk kna byr mahal2 per kilo
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
wah patut durian makin mahal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2017 02:52 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 7-11-2017 02:47 PM
Hopefully cepat2 lah ladang2 kat indonesia dan thailand tanam durian musang king byk2 dan besaran .. ...

dari ko harap org indon, apa kata ko sendiri tanam musang king...nak makan pun free...1 anak pokok dlm rm50 tak salah aku
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 02:56 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 7-11-2017 02:47 PM
Hopefully cepat2 lah ladang2 kat indonesia dan thailand tanam durian musang king byk2 dan besaran .. ...

durian kalimantan, org kpg aka norlia.


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 03:49 PM | Show all posts
Dah boleh cover dah utang 1.3 billion yang di curikk.. ker tipu je 2.3 billion tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2017 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah la nak jmp durian tepi jalan dgn harga mampu milik next year
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.886971 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list