Bagi yang mengikuti perkembangan Abby Abadi dan Norman Hakim di Instagram, anda pasti tahu bahawa mereka sering keluar bersama dengan keluarga masing-masing walaupun mereka sudah bercerai. Mereka juga masih berkawan baik tanpa menyimpan perasaan negatif.
Malam semalam, Abby Abadi memuat naik foto kandungan perbualan antara dia dan anaknya Danish. Rupa-rupanya.. Terima whatsapp dari anak tengah malam
Buat hal memalam ?
.
Terkejut kita dpt whatspp dari hp Danish.. Aaikkk tak gi sekolah ke? Main hp lagi ?
.
Sekali Oman la.. dajeiii sungguh memalam ni HAHHAHAA ???
.
PS: Terima Kasih ye @normanhakim_786 antar anak2 balik sekolah lambat. Awakkan ada share dgn sekolah dorang. Tahniah! Lain kali buat lagi ???
Abby Abadi terima foto melalui whatsapp dari Danish kira-kira pukul 10.44 malam. Bagi Abby, itu merupakan waktu tidur untuk Danish kerana sudah lewat malam.
Rupa-rupanya..
Rupa-rupanya Norman Hakim menggunakan handphone Danish untuk menyakat Abby Abadi. Paparan skrin diatas telah dimuat naik oleh Abby Abadi di Instagram dan membuatkan netizen terhibur.
Ini komen balas dari Norman Hakim;
Abby dan Norman terima pujian netizen walaupun sudah tiada apa-apa, tetapi mereka masih bergurau senda dan tanggungjawab sebagai ibu bapa tidak diabaikan. Memang tabik lah!
|