|
Lelaki berusia 21 tahun dari Valdai, Russia, didakwa membunuh kekasihnya, Olga B, 45, sebelum menggoreng dan meratah otak serta meminum darah mangsa.
Memetik Mirror, tertuduh, Dmitry Luchin, memukul mangsa di kepala sebanyak 25 kali dengan botol wain sebelum menikamnya empat kali di dada.
Dia kemudian memotong puting susu serta telinga Olga, meletakkan satu ke dalam mangkuk makan kucing dan satu lagi ke dalam mulut mangsa.
Difahamkan, bekas tentera Rusia dan 'peminat' kepada pembunuh bersiri kanibal Jeffrey Dahmer itu juga didakwa mencabul mayat wanita berkenaan dengan botol wain.
Ketika soal siasat dengan polis, Luchin menceritakan bagaimana dia memecahkan kepala mangsa menggunakan pisau pemotong daging.
"Saya suka rasa otak dia, sedap.
"Kemudian, saya kumpulkan darahnya ke dalam gelas.
"Kenapa? Saya perlukan darah untuk diminum dengan makanan saya," katanya.
Enam jam selepas membunuhnya, Luchin dikatakan meninggalkan apartmen itu dengan membawa tablet mangsa, sebotol semburan rambut dan 150 rubel (RM10.50).
Lelaki dari Valdai, Russia itu dituduh melakukan pembunuhan berkenaan di rumah mangsa pada 8 Mac dan akan dibicarakan tahun hadapan. Jika sabit kesalahan, dia akan dipenjara seumur hidup.
Foto: Mirror
Hasil siasatan dan bukti menunjukkan Luchin merupakan peminat Dahmer atau dikenali sebagai Kanibal Milwaukee yang merogol, membunuh dan memotong anggota badan 17 budak lelaki serta dewasa antara 1978 dan 1991. - CARI |
|