|
Orang lain nak badan sasa gigihlah berlatih di gym, tapi berbeza sungguh bagi seorang lelaki dari Pyatigorsk, Russia ini.
Kirill Tereshin sanggup menyuntik bahan berbahaya semata-mata nak bagi lengannya berotot seperti karakter kartun Popeye.
Sejak menyuntik bahan yang dikenali sebagai Synthol pada lengannya sejak beberapa bulan lepas, ia membesar sehingga 25 sentimeter dalam tempoh 10 hari.
Foto: Daily Mail
Sumber Daily Mail menyatakan, Synthol yang mengandungi 85 peratus minyak, 7.5 peratus ‘lidocaine’ dan 7.5 peratus alkohol memang selalu digunakan oleh ahli bina badan untuk mempercepatkan pembesaran otot.
Walau bagaimanapun doktor memberi amaran kerana ia boleh menyebabkan kerosakan saraf, stroke, bengkak atau ulser dalam otot.
Foto: Daily Mail
Kirill, bekas tentera yang baru berusia 21 tahun ini juga menyatakan dia mengalami demam panas sehingga terbaring di atas katil pada awal pengambilannya.
“Saya rasa seperti mahu mati namun selepas beberapa hari, pulih seperti biasa.”
Foto: Daily Mail
Nampak sahaja otot besar dan hebat, tapi hakikatnya kekuatannya tidak bertambah kerana otot tidak terbina secara semula jadi.
Abang-abang sado di Malaysia jangan cuba-cuba suntik Synthol ya. Usaha lebih sikit di gym, pasti boleh dapat tubuh yang diidamkan! -CARI |
|