Rasa macam dah lama juga tak lihat kemunculan Lan Pet Pet di kaca televisyen. Pelawak legend katanya, tak kering gusi bila tengok dia buat lawak kan?
Baru-baru ini Imam Muda Asyraf ada berkongsi foto dirinya bersama Lan Pet Pet menerusi Instagram.
Foto: IG Imam Muda Asyraf
"Jika jumpa dengan Abg Lan Pet Pet saya pasti minta doa dari beliau. Ya. Biar apa orang kata. Setiap kali jumpa saya mesti suruh Abg Lan Pet Pet doakan saya."
Kapsyen tersebut mengejutkan ramai orang, yang rata-ratanya hairan mengapa seorang ustaz meminta seorang pelawak mendoakannya.
Ini sebabnya:
Menurut Imam Muda Asyraf lagi, dia mengenali Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Amzlan Ahmad ini adalah seorang anak yang sanggup berkorban untuk ibunya.
Malah IM Asyraf menegaskan yang walau setinggi mana pun taraf seseorang manusia, jangan pernah malu untuk meminta doa dari sesiapa pun.
Perkongsian ini berjaya mendapat perhatian netizen yang cukup terkesan dengannya.
Aopa pun, menerusinya kita dapat dua pengajaran penting. Pertama, sentiasalah berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan taraf atau pangkat bukan alasan untuk membangga diri. -CARI |