Perhatian buat semua orang awam yang terlihat atau pun terjumpa ular di kawasan perumahan anda, Angkatan Pertahanan Awam (APM) menasihatkan agar terus menghubungi talian kecemasan 999.
Ini kerana ramai yang tidak tahu apakah yang harus dilakukan ketika menjumpai ular di kawasan berdekatan tempat tinggal mereka.
Memetik laporan Bernama, Pegawai Pertahanan APM Miri Kapten Mohd Hazle Shah Abdul hamid berkata orang awam juga boleh menghubungi terus talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) bagi membolehkan APM menangkap ular tersebut.
"APM Miri terima maklumat kes ular apabila ia tular dalam laman Facebook Miri Community. Jadi, saya menyarankan masyarakat menghubungi APM dengan segera jika mengalami kes sama," katanya.
Foto hiasan: carian internet
Bernama melaporkan rakaman yang tular semalam mendapat kritikan netizen apabila individu yang merakam tidak melaporkan kepada APM.
Sebaliknya hanya berkongsi di media sosial. Oleh itu, segera laporkan kepada APM sekiranya hal sama berlaku dan bukan hanya tular sahaja. |