Miss Universe 2017 baru sahaja melabuhkan tirainya di Las Vegas dan nampaknya takhta ratu cantik telah diberikan kepada si cantik Demi-Leigh Nel Peters dari Afrika Selatan.
Nel-Peters telah menyingkirkan pesaing terdekatnya iaitu Miss Colombia Laura Gonzalez yang menduduki tangga kedua dan juga Miss Jamaica, Davina Bennett yang terpaksa berpuas hati berada di tangga ketiga.
Ini sekaligus menamatkan kemarau empat dekad Africa Selatan selepas kali terakhir memenangi gelaran itu pada tahun 1978.
Gadis Kulit Putih Dari Afrika Selatan Dinobatkan Jadi Miss Universe 2017, Ini Kata Netizen...
Gadis berusia 22 tahun itu baru sahaja menamatkan ijazah pertama dalam bidang perniagaan di Universiti North-West.
Selain kecantikannya, antara yang melayakkan kemenangan wakil dari Afrika Selatan ini ialah jawapan yang diberikan ketika sesi Q&A.
Ketika ditanya apakah isu penting yang dihadapi para wanita di tempat kerja, ini jawapan bernas yang diberikan:
"Di sesetengah tempat kerja, kaum wanita hanya mendapat bayaran 75 peratus daripada bayaran kaum lelaki sedang apa yang mereka lakukan adalah kerja yang sama, waktu kerja yang sama..
Gadis Kulit Putih Dari Afrika Selatan Dinobatkan Jadi Miss Universe 2017, Ini Kata Netizen...
"Dan saya tak percaya ia merupakan perkara yang betul. Saya rasa kita seharusnya mempunyai kerja yang sama banyak dan juga bayaran yang sama banyak (dengan lelaki) buat semua wanita di seluruh dunia."
Dalam pada itu, tidak sampai pun beberapa jam kemenangan gadis ini, dia telah menjadi bahan kutukan mereka yang rasis.
Gadis Kulit Putih Dari Afrika Selatan Dinobatkan Jadi Miss Universe 2017, Ini Kata Netizen...
Kata netizen, wanita ini tidak layak merangkul gelaran Miss Universe dari Afrika Selatan yang majoritinya adalah populasi kaum berkulit hitam.
Gadis Kulit Putih Dari Afrika Selatan Dinobatkan Jadi Miss Universe 2017, Ini Kata Netizen...
Apa pula pendapat anda? - CARI |