Bila cakap tentang biji getah, tentu teringat kita pada zaman kanak-kanak bermain dengannya. Tapi yang peliknya, biji getah boleh dimakan.
Makan biji getah? Tiada benda lain yang nak dimakan? Sebetulnya biji getah memang boleh dimakan.
Tetapi cara memakannya bukanlah seperti memakan kekacang. Biji getah harus diproses dahulu.
Biji Getah
Cepat cuba resepi pelik ni. Barulah rare kan?
Sambal Biji Getah (Kredit foto : Facebok @Berbagai Resepi Ada Di Sini)
Resepi Sambal Biji Getah / Sambal Rong
Nama lain bagi sambal biji getah ialah sambal rong.
Bahan-bahan
- Cili padi
- Biji getah
- Garam
Cara-cara membuatnya
- Kupas kulit getah yang keras untuk mengambil isi dalamnya.
- Buang kulit ari. Nak mudah, keringkan dulu biji getah sehingga biji getah lekang dari isinya.
- Tumbuk cili bersama sedikit garam sehingga lumat. Masukkan biji getah dan tumbuk lagi sehingga biji getah lumat.
- Setelah lumat, tepekkan di dalam kuali leper atau tudung periuk.
- Bakar di atas api yang perlahan sehingga masak.
Mudah kan? Jangan lupa untuk mencuba resepi rare ni. Tapi anda kena la mencari biji getah tu dulu. - CARI
Kredit sumber dari ibuberbicara.blogspot |