CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6522|Reply: 51

[Tempatan] Ikan Bilis ‘Sajat, Fazura, Tak Tun Tuang' laris dijual

[Copy link]
Post time 14-12-2017 10:35 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Seorang peniaga ikan bilis dan makanan kering di Pasar Siti Khadijah di sini, tidak menyangka idea meletakkan nama jenis ikan bilis dengan nama unik termasuk nama selebriti dan artis terkenal mendapat sambutan ramai.

Mohd Razman Hafiz Rosdi, 23, atau mesra disapa Hafiz berkata, nama-nama ikan bilis yang unik itu menarik perhatian pelanggan dan mudahkan pelanggan memilih jenis-jenis ikan bilis yang mereka inginkan.

Menurutnya, antara nama ikan bilis yang dapat perhatian adalah ‘Sajat Wanita Terakhir’, 'Mata Fazura’, ‘Bilis Sado’, ‘Bilis Koya Comel’, ‘Bilis Mabuk Laut’, ‘Bilis Donald Trump’,’ Bilis Tak Tun Tuang Tak Mandi Lagi’, ‘Bilis Pyan Kpop’ dan ‘Bilis Datuk Vida’.

“Nama-nama itu saya pilih kerana ia merupakan nama yang menjadi sebutan ramai dan mudah diingati.

"Pada mulanya saya hanya sekadar suka-suka meletakkan nama begitu kerana mahu beri kelainan dan ternyata ia memberi tarikan.

“Selepas sebulan, perniagaan saya semakin baik, jika sebelum ini saya memperoleh RM300 hingga RM400 sehari, kini jualan makin bertambah sehingga RM800 hingga RM1,000 sehari," katanya.

Katanya, dia juga tidak sangka ia menjadi tular dan kini mendapat liputan dan ada juga pelanggan mahu ambil gambar walaupun tak beli.

Menurutnya lagi, apa pun dia tidak mempunyai niat lain dan hanya mencurahkan kreativitinya.

“Bahkan saya bukan untuk meraih populariti tetapi mahu memudahkan pelanggan memilih jenis ikan bilis yang mahu dibeli.

“Malah ada pembeli memuji cara begini kerana mudah diingati,” katanya yang telah mengusahakan perniagaan itu sejak dua tahun lalu.

Tambah Hafiz, setakat ini, bilis yang menjadi pilihan pelanggan adalah bilis ‘Berlagak Kaya’ dan 'Bilis Tak Tun Tuang Belum Mandi Lagi’.

“Pada kebiasaannya harga bilis ini sekitar RM16 dan ada juga yang mencecah sehingga RM65 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan bilis yang dijual.

“Apa pun saya harapkan jualan saya akan lebih maju selepas ini. Ini merupakan perniagaan warisan keluarga dan saya juga turut menjual keropok dan serunding,” katanya.

Ikan bilis Hafiz boleh dibeli di tingkat dua di  Pasar Siti Khadijah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2017 10:38 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboiiii..abam baju purple tu...haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
FB baju purple tu, yang. Tolong hhhehhhhghh
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 10:47 AM | Show all posts
nanti bang jat mintak royalti ngan kau bang baru ko tahu sebab guna nama heshe
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 10:52 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 14-12-2017 10:44 AM
FB baju purple tu, yang. Tolong hhhehhhhghh

Amboiiii. Yang ada di office tu x OK ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2017 10:53 AM | Show all posts
Hasil jualan sehingga RM1,000 sehari? Memang masyuk diorang nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 11:06 AM | Show all posts
Jadi dah tular ni nama2 tu bakal diguna pakai  ke seantero tanah melayu ke hapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2017 11:12 AM | Show all posts
benci lah semua benda nak kaitkan dgn benda viral bodoh tu.
tau la nak suka2 jer letak.. tp tau tak? dulu durian pun org suka2 jer letak nama..lepas ada nama.. terus ada jurang harga. dah x macam dulu... beli longgok ngan sekian harga.... skang dah kena beli kilo....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
reddots replied at 14-12-2017 11:12 AM
benci lah semua benda nak kaitkan dgn benda viral bodoh tu.
tau la nak suka2 jer letak.. tp tau tak ...

Da nma pon mniaga. Kena la kreatif. Ko nk ke ksi peniaga ni mkn?? Bile melayuu buat smua slah. Klo bgsa lain , especially mat saleh smua btol
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bimbo nya pilih bilis sbb nama padahal isi sama jah. Nape x bogel terus jah jantan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 11:23 AM | Show all posts
caprut replied at 14-12-2017 11:15 AM
Da nma pon mniaga. Kena la kreatif. Ko nk ke ksi peniaga ni mkn?? Bile melayuu buat smua slah. Klo ...

nak kreatif pun letak la nama2 yg lagi creative.. ni letak nama tah hapa2...  dah lah tiap hari hadap nama2 tu.. ni nak letak lagi nama mcm tu.. tambah menyampah je lah..  ni klu semua nak mengikut, kena hadap lagi la nama2 tu kat semua pasar/kedai..

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 11:24 AM | Show all posts
bagus la...................rezeki.........
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
reddots replied at 14-12-2017 11:23 AM
nak kreatif pun letak la nama2 yg lagi creative.. ni letak nama tah hapa2...  dah lah tiap hari ha ...

So xyah la g psar. Sbb ko sorg xmnat org lain trpksa dgar ckp ko. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
X kosernya la org beli ikan bilis sbb nama .. ikan bilis je pun .. lg x lalu nama ikan bilis x mandi tu .. baik la beli ikan bilis mata biru kt lumut kt pangkor tu .. lg puas hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2017 11:42 AM | Show all posts
PAU di pwtc tahun lepas ada jual smartphone
guna jugak nama UMNO
tak sure berapa unit laku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2017 11:46 AM | Show all posts
zetty1978 replied at 14-12-2017 11:29 AM
X kosernya la org beli ikan bilis sbb nama .. ikan bilis je pun .. lg x lalu nama ikan bilis x mandi ...

kannn...sebelum ni aman2 jer beli bilis xde nama... .. skng dh nak sebut nama sajat, vida, trump bagai...



Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 11:51 AM | Show all posts
wahhhhh laku nye sajat
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 12:21 PM | Show all posts
nk laku kene jd viral
nk viral kene buat sesuatu yg pelik
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 12:38 PM | Show all posts
dodolgemokgila replied at 14-12-2017 11:16 AM
Bimbo nya pilih bilis sbb nama padahal isi sama jah. Nape x bogel terus jah jantan tu?

engkau ni apa?? kunyit kah??? selera tengok lelaki bogel....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.063071 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list