Ramai yang menginginkan badan kurus dan langsing tetapi enggan melakukan senaman rutin serta enggan meninggalkan nasi dalam diet harian.
Gadis cantik yang dikenali sebagai Kak Xara atau nama sebenarnya Nor Shahiera Raslan ini telah berkongsi rahsianya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram walaupun dengan makan nasi!
Berikut merupakan 'posting' si cantik ini di laman facebook miliknya, Kak Xara:
Hai hampaaa..
Kak Xara nak share mcm mna Kak Xara turun berat dari 56kg ke 46kg.. Kak Xara tak da la diet mana pon sebab Kak Xara tak boleh dok kalau tak makan nasik.. So Kak Xara pilih diet yang boleh makan nasik.. 😬😬
Kak Xara buat DIET RENDAH KALORI.. Kalau nk buat diet ni hampa kena kira sikit jumlah kalori yang hampa perlu sehari.. Cara nak kira Kak Xara buh kat bawah.. Make sure tengok gambaq smpai habis taw sbb hampa kena kira kalori klau nk buat ni..
Diet ni cadangan hampa mkan nasi dari beras perang tu tp Kak Xara tibai ja nasi putih tu.. Tak bnyk la mkn.. Lauk tu lagi banyak dari nasik la.. Sayoq bnda penting dan wajib ada setiap kali Kak Xara mkn..
JANGAN SKIP SARAPAN ✔️
Jangan tinggalkan sarapan pagi
Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Tapi jangan la hampa tibai nasik lemak 3 bungkus..
SAY NO TO MAKAN MALAM ❌
Maksud tak mkn malam ni bukan tak boleh makan terus.. Klau nk makan berat sikit hampa makan sebelom pukul 8.. Lps pukul 8 makan untuk kunyan2 manja ja.. Mcm apple hijau..
SAY NO TO MINUMAN MANIS ❌
Jangan minum minuman yang manis
Pastu Kak Xara memang tak amik minuman manis.. Dah dekat setahun Kak Xara minum ayaq kosong ja.. Tapi kadang2 ada jgk tersedut ayaq manis sikit.. Sikit ja tak banyak pastu insaf sat.. hehe
SAY NO TO ICE ❌
Jangan makan ais
Yang ni betoi2.. Dulu Kak Xara klau p kedai mkn.. Wajib order ais 1 cawan asing sbb seronok dok pepak/gigit ais.. Nikmat weyh.. Tapi semenjak perut koi kedepan.. Buat sit up pon tak menjadi.. Kak Xara stop amik ais.. serius wey menjadi.. Perut kempis.. (ada yg kata ais tak menggemokkan.. tapi Kak Xara tak amik ais untuk elak Kak Xara tak minum minuman manis. sbb dua2 ni mcm combo.. wajib.. spa nk minum ayaq sirap tak buh ais.. so ni slh satu cara nk elak minuman manis.)
TEH HIJAU ✔️
Amalkan minum Teh hijau
Kak Xara minum teh hijau taw hampa.. Jangan gatai dok p tambah gula nah.. stg rasa2 pait sikit dok buat rajin tambah gula pulak.. Teh hijau ni dia pertingkatkan pembakaran lemak..
SENAMAN ✔️
Hampa buat la senaman sikit2.. Klau rasa mls nak keluaq umah.. Hampa tengok ja youtube.. Buat la tabata ka zumba sorang2 kat umah.. Klau umah dua tingkat.. naik turun tangga tu.. Tak yah lama2.. Sat pon jadi la janji buat.. Kak Xara dlu dok p zumba.. Kadang2 3 kali seminggu..
Bab2 makan Kak Xara boleh ckap hat tu ja sbb Kak Xara pon terumbang ambing lg.. 🤣🤣 Point dia Kak Xara nk ajaq cara kira kalori yg perlu supaya hampa boleh mantain apa hampa makan..
Lepas ni boleh lah cuba amalkan 'tips' yang dikongsi oleh Kak Xara ni. Semoga berjaya! - CARI |