Seorang lelaki dijangka hanya akan dapat hidup selama beberapa minggu setelah disahkan menghidap kanser kolon tahap 4 oleh doktor yang merawatnya.
Kagum! Lelaki Ini Hilangkan Kanser Kolon Tahap 4 Hanya Dengan Memakan Sayuran..
Lelaki berusia 43 tahun yang dikenali sebagai Rob Mooberry telah dimasukkan ke hospital pada Julai 2012 dengan kolon berlubang sebelum disahkan mempunyai kanser yang telah merebak ke usus, limpa serta hati.
Lebih memeritkan lagi, apabila doktor menyatakan bahawa dia perlu menjalani pembedahan bagi memasukkan 'kolostomi bag' diikuti oleh 'ileostomy' serta perlu menjalani dua sesi kemoterapi dan radiasi.
Kanser Kolon
Selepas pembedahan pertama, tahap kanser Rob berjaya diturunkan kepada tahap 3. Namun, dia tidak mampu untuk meneruskan rawatan tersebut dan meminta agar rawatan seterusnya ditangguhkan sehingga selepas dia melakukan proses detoksifikasi untuk mengeluarkan semua kesan kimia (radiasi) daripada badannya.
Seterusnya, pada November 2012, dia memulakan diet berasaskan tumbuhan yang tinggi alkali bersama isterinya seorang 'vegetarian' yang berusia 39 tahun, berikutan penyelidikan yang dilakukan mereka menunjukkan gula dan makanan yang diolah mendorong pertumbuhan tumor.
Rob dan isterinya sama-sama mengamalkan diet alkali
Pada awal tahun 2013, dia telah melakukan imbasan seterusnya dan mendapati sel kanser telah pun merosot hampir 80 peratus.
Mereka kini dikurniakan dengan sepasang anak kembar!
Rob kini semakin gembira dan aktif membantu pesakit kanser yang lain selepas lima tahun hidup tanpa kanser! - CARI |