Pelantun suara runut drama popular Duda Pujaan Dara, Bella Nazari baru-baru ini mendedahkan dia telah dirapati oleh aktor hidung belang! Dia dikatakan hampir menjadi mangsa aktor kasanova itu yang didakwa telah melakukan beberapa siri penipuan. Mengenali aktor tersebut di laman Instagram, Bella mengakui sudah berkomunikasi dengan aktor tersebut sejak 2 minggu yang lalu dan masih berhubung mneggunakan whatsappp sehingga harini.
"Dia tegur saya di Instagram dan mahu kenal lebih rapat. Dia kata dia juga seorang pelakon, jadi saya berani bertukar nombor dan bermula daripada situ kami berhubung melalui aplikasi Whatsapp,” terang Bella.
Bella yang dahulunya pelakon kini lebih dikenali sebagai penyanyi.
Sejurus bertukar nombor telefon, aktor itu dikatakan sering menghubunginya dan ini menimbulkan rasa kurang senang padanya. Bella atau pemilik nama sebenar Mas Nabiella Nazari berkata aktor tersebut sering kali meluahkan niat untuk menjadikannya sebagai isteri.
"Kebanyakan topik yang dibualkan adalah mengenai perkahwinan dan turut meminta nombor telefon ibu untuk meminang saya. Saya difahamkan lelaki ini sebenarnya sudah berkahwin dan punya seorang anak namun cara hidupnya seperti orang bujang.
"Dia pandai 'memancing' gadis-gadis untuk mendapatkan duit. Bukan sahaja wanita, lelaki turut menjadi mangsa. Seorang teman rapatnya yang saya kenali turut tertipu," jelas Nabila.
Di awal kemunculan sebagai pelakon, Bella membawa watak antagonis.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Oh Cintaku ini memaklumkan dia kini sedang mengumpul bukti bagi memastikan lelaki tersebut tidak lagi menggunakan taktik yang sama untuk menipu orang lain. Ujarnya lagi, lelaki tersebut menggunakan kemewahan dan ayat manis untuk memikat gadis-gadis dan golongan lelaki lembut.
"Mujurlah saya tak kena tipu lagi kerana menyedari taktik dia menipu orang ramai dan sebenarnya lelaki itu tidaklah kaya seperti yang digambarkan. Sekarang ini saya sedang mengumpulkan beberapa bukti dan akan mendedahkannya nanti supaya tiada lagi yang tertipu.
"esan saya kepada masyarakat di luar sana, jangan terpedaya dengan kemewahan palsu yang ditunjukkan dan terpengaruh dengan janji manis lelaki kasanova begini," katanya lagi.
Pertunangan Bella pada akhir 2015 gagal sampai ke jinjang pelamin.
Mengulas mengenai aktiviti penipuan yang dikatakan dilakukan oleh seorang aktor, daripada laporan yang diperolehi didapati kasanova berusia 30-an tersebut menabur janji-janji manis untuk mendapatkan wang daripada wanita yang berjaya masuk dalam perangkap cinta palsunya itu.
Aktor tersebut yang memilki kad keahlian Pesatuan Seniman Malaysia (Seniman) sedang diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan dan peras ugut. Antara laporan polis dibuat terhadapnya termasuk di Puchong, Serdang, Taman Melawati dan Tanjung Rambutan. - CARI |