Tidak mahunya dirinya seorang mendapat barakah dalam berkarya, pelakon drama popular Wan Nor Azlin tidak akan berdiam diri sekiranya melihat rakan-rakan artis melakukan perkara yang tidak baik di sisi agama ketika di set pengambaran.
Wan mengakui menjadi peranannya untuk melakukan teguran kepada rakan-rakan artis sekiranya mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Menurut Wan, semenjak menghadiri kelas agama, dia sering mengunakan ilmu yang diperoleh untuk memberi teguran kepada rakan artis.
Wan Nor Azlin semakin mendalami ilmu agama.
"Jika saya lihat ada sesuatu yang tidak betul di set penggambaran, memang tanggungjawab saya untuk menegur. Tapi teguran itu biasanya dalam bentuk mengajak ke arah kebaikan dan bercerita, bukannya menghukum mereka.
"Saya tidak kisah sekiranya individu yang ditegur tidak dapat menerima apa yang cuba saya sampaikan," katanya.
Sementara itu, Wan memaklumkan dia menggunakan laman Instagram miliknya untuk mengajak rakan-rakan artis dan karyawan menyertai kelas pengajian agama. Dia berasakan sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang muslim untuk melakukan dakwah.
Lakonan adalah sumber rezeki utama Wan Nor Azlin.
"Bila kita belajar agama, memang salah satu tujuannya adalah untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu. Saya menggunakan laman sosial untuk mengajak rakan-rakan supaya lebih dekat dengan Allah.
"Jika ada kelapangan, mereka boleh sertai kelas yang saya hadiri," kata pelakon drama 'Syurga Yang Kedua' yang mempunyai 70 episod itu.
Mengakui jiwanya lebih tenang setelah menghadiri kelas agama.
Dalam pada itu, pelakon senior ini juga mengakui jiwanya lebih tenang semenjak menghadiri kelas agama.
"Tiada sebab lain, semua ini untuk diri sendiri. Apabila belajar agama, jiwa lebih tenang. Saya banyak belajar dari kejahilan lalu, kini saya mahu bersihkan jiwa dan roh," ujarnya. - CARI |