View: 2578|Reply: 15
|
Guru Tak Ikut SOP? Meh Hadam Ni Baik-baik!
[Copy link]
|
|
Walaupun kes Cikgu Azizan sudah selesai, ia masih hangat diperkatakan masyarakat. Tak dinafikan, masih ada pihak mengeluarkan suara sumbang mengecam cikgu terbabit.
Terbaru, seorang lagi guru menerima nasib serupa Cikgu Azizan apabila dia direman hanya kerana merotan muridnya yang enggan menunaikan solat.
Foto: FB Rahman Usman
Susulan itu, seorang pengguna Facebook (FB), Mohd Fadli Salleh yang juga seorang guru 'terpanggil' untuk memberi pencerahan kepada mereka di luar sana berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi guru.
Cikgu adalah makhluk paling banyak melanggar SOP!
"Biar aku senaraikan apa SOP yang selalu cikgu langgar," tulisnya.
Menurut guru itu, buruk akibatnya jika semua guru betul-betul melaksanakan SOP.
"Jika guru di Malaysia betul-betul mengikut SOP, kesan paling teruk adalah pada murid dan anak kalian," ujarnya.
Netizen bersimpati dengan nasib golongan guru hari ini dan meminta ibu bapa yang perangainya tidak semenggah mana tu untuk membaca dan hadam apa yang ditulis Fadli.
Mengarut saja!
Bagaimanapun, seorang netizen tak berpuas hati, lalu membidas kenyataan Fadli itu. Namun, dia kemudiannya ditempelak kembali oleh netizen lain.
Buat salah, tak buat pun salah. Apa pendapat anda berhubung isu ini? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn buat sop yg org boleh dakwa.. setakat tolong basuh berak budak takkan mak pak nak dakwa pulak.. semoga cikgu2 tabah menghadapi kerenah anak2 murid.. terima kasih cikgu |
|
|
|
|
|
|
|
Paling benci kena hantar budak yg ikut aktiviti luar. Seriously. Jadi supir kalau kereta rosak tanggunglah sendiri kalau eksiden budak cedera kena dakwa. aktiviti luar my s. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian cikgu2 sekarang..niat nk mendidik anak bangsa tp mak bapak pulak yg kecoh..
tp mak bapak kat umah xnk didik ank sendiri..tau nk menyalahkan cikgu je.
|
|
|
|
|
|
|
|
cikgu patut wujudkan SOP jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila cikgu mengajar....guru mendidik..... |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu kene ikot SOP...anak murid???? |
|
|
|
|
|
|
|
SOP mak bapak bebal, anak lebam sikit report polis saman, walhal bawa basikal angkat tayar depan langgar tiang tnb. Ini cerita palsu |
|
|
|
|
|
|
|
SOP mak bapak bebal, anak lebam sikit report polis saman, walhal bawa basikal angkat tayar depan langgar tiang tnb. Ini cerita palsu |
|
|
|
|
|
|
|
Apa itu S.O.P 1:3:7 ?LAPORAN ISU DISIPLIN MURID
Laporan Isu Disiplin Murid ini adalah untuk menjadi panduan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Sekolah dalam mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat dan laporan berkaitan isu pendidikan khususnya yang berkaitan disiplin murid kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ini adalah untuk menilai tahap prestasi sesebuah sekolah dengan mengambil kira pematuhan tahap kesegeraan tindakan bagi menangani isu disiplin murid.
Proses Tindakan Laporan dan Penyelesaian Kes Disiplin
LANGKAH 1
1. Sekolah siasat kes.
2. Sekolah ambil tindakan awal.
3. Sekolah buat laporan awal ke PPD atau terus ke JPN (bagi negeri tiada PPD).
4. Bagi kes/insiden yang serius, sekolah perlu terus lapor ke JPN. Sekolah
LANGKAH 2
1. PPD perlu semak maklumat yang diterima daripada sekolah dan perlu juga siasat.
2. PPD menghantar laporan awal ke JPN beserta ulasan dan pandangan awal PPD.
3. PPD perlu bantu sekolah dalam menyelesaikan masalah tersebut termasuk tindakan yang wajar.
4. Bagi kes/insiden yang serius, PPD boleh lapor terus kepada JPN atau KPM. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
LANGKAH 3
1. JPN perlu semak maklumat yang diterima daripada PPD (siasat sekiranya perlu).
2. JPN menghantar laporan awal ke KPM beserta ulasan dan pandangan awal JPN.
LANGKAH 4
1. JPN perlu menjalankan siasatan selanjutnya serta menghantar laporan penuh kepada KPM termasuk tindakan yang sedang, akan atau telah diambil oleh pihak-pihak terlibat.
LANGKAH 5
1. KPM (BPSH) perlu membuat ulasan serta pandangan terhadap laporan dikemukakan JPN.
2. BPSH perlu mengangkat laporan kepada KPPM.
3. Sekiranya perlu tindakan lanjut, BPSH perlu memaklumkan kepada JPN untuk diambil tindakan seterusnya.
4. JPN melaporkan semula kepada BPSH.
LANGKAH 6
1. BPSH mengkaji laporan akhir JPN. serta menentukan tindakan dari segi dasar operasi KPM BPSH Selesai |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Equalizer at 21-12-2017 08:24 AM
Siapa kata solat tak boleh dipaksa? Sudah rujuk dgn ulamak?
Atau sdr dah keluar fatwa baru?
Tiada paksaan dalam agama adalah bermaksud tiada paksaan dalam memeluk agama Islam.
Sila rujuk : https://www.bharian.com.my/node/115151
Perintahkanlah anak-anakmu menunaikan solat ketika berusia tujuh tahun, pukullah mereka ketika berusia 10 tahun, pisahkanlah mereka daripada tempat tidur
(HR Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Darimi).
Hukuman paling ringan utk orang yg malas engkar melaksanakan solat ialah dipenjarakan sehingga dia melaksanakan solat mengikut Imam Hanafi; malah pendapat Imam Syafiee adalah lebih keras iaitu kalau tetap engkar solat dihukum bunuh.
Hukum meninggalkan solat
Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis.
Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).
Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka.
Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:
Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka? Mereka menjawab, kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:
Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.
Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf.
(Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).
Daripada Jabir r.a. meriwayatkan beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
Sesungguhnya meninggalkan solat ialah (perkara yang menghubungkan) seseorang dengan kufur.
(Hadis riwayat Ahmad dan lain-lainnya).
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:
Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.
Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.
Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Sumber: https://soleh.net/2008/08/18/hukum-meninggalkan-solat/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya jadi cikgu zaman sekarang. masa zaman dolo-dolo rasanya ada je kes2 mcm ni tapi rasanya xla sampai masuk mahkamah. mungkin sbb x viral kot, hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah uols ada KSIB kan
takde ke sukarelawan KSIB yang bantu kalo ada aktiviti luar
biasa aku tengok sekolah-sekolah banyak guna khidmat KSIB untuk join anak2 buat aktiviti. tolong jadi cheerleader, tolong angkat air mineral, tumpangkan kereta dll
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah jd 1 kes..bdk tu cedera...mse rht.anto g klinik..sbb call parent cm *tut* x jwb2..mulut berdarah2 ni..nak xnk g la anta klinik.dh meraung2 bdk tu.kebetulan klinik tu kira cm panel la skolah kami...kena la jahit 2,3jahitan..pastu doc tu ckp..pas 7hari dtg smula..dan bdk ni dihantar balik ke rumah yg mana parent ad je kt umah tu.xwat pe...adeh gam***g sgt!xpe..igtkan berakhir la di situ..
Smggu lps tu..doc call gb.kata pasni klo bdk cedera..suh parent bwk sendri g klinik.sbbnya parent yg bdk cedera tu g klinik siap kutuk2 ckgu kata ckgu x jge ank dia la..maki hamun ckgu.hello!!kena waktu rht kot!igt ckgu smpt ke nk tgk sorg2.pdhal ni ckgu dh bwk g klinik ni.doc tu bengang ngan parent..doc trus kira caj pd ank dia tu.pdhal sblm tu mmg free je.doc tu kata..klo.parent ckp byk sgt kutuk ckgu...mmg dia caj.je..klo.parent tu ok..dia halalkan je.. |
|
|
|
|
|
|
|
tugas mengajar, menjadi guru dan pendidik memang mulia, tapi sukar, tanggungjawab tinggi, pegang amanah, tak semua orang mampu jadi cikgu.
Mak aku suruh try jadi cikgu sekolah dulu, lepas habis belajar, pegi mintak posting cikgu. Taubat weehhhh, tengok budak2 zaman sekarang, tengok mak pak zaman sekarang. Semua tak makan saman, kepala batu, moral kedaung. Gila nanti aku wehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nadeaosmand at 22-12-2017 12:18 PM
SOP tu bukan semata perhiasan. ia telah dibuat dan dikaji untuk digunakan demi kebaikan bersama. yg kes rotan sbb tak solat tu tak apa sbb menggunakan rotan dan pukulan dikaki malah tidak mencederakan. kes CIkgu Azizan tidak sama kerana dia menampar muka.
Berdasarkan perintah Nabi Muhammad Rasulullah saw. riwayat Abu Daud:
وَلاَ تَضْرِبِ الْوَجْهَ
". . . dan janganlah kamu memukul muka (wajah)..."
saya tak salahkan cikgu Azizan sepenuhnya kerana berdasarkan kesalahan yg dilakukan murid tersebut, barangkali cikgu tak dapat kawal emosi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|