Memiliki badan besar atau berisi bukanlah mudah kerana seringkali menjadi mangsa ejekan atau dipandang rendah oleh golongan tertentu sehinggakan hilang keyakinan diri.
Ada juga yang beranggapan bahawa mereka yang mempunyai badan berisi atau besar tidak akan menemui bahagia.
Namun, wanita yang bernama Aiffa Majid ini membuktikan bahawa cinta sejati itu wujud. Kisah perkahwinannya dengan jejaka kacak berasal dari Maghribi menarik perhatian ramai.
Wah, sudah lah kacak dari Maghribi pulak tu!
Dia berkongsi gambar perkahwinan dengan suaminya, Badr Kabdani di akaun Instagram miliknya, @missjumboqueen berkata bahawa suaminya itu tidak memandang fizikal, sebaliknya hati budi yang mengikat cinta mereka.
"Di saat banyak mata-mata lelaki yang memandang, lalu mentertawakan aku, kau datang lalu berkata:
Tak mengapa, mereka ketawa kerana mereka melihat melalui mata, tetapi saya memandang awak dengan hati", tulis Aiffa.
Status Aiffa itu telah menerima lebih 11 ribu likes, dan ruangan komen turut dibanjiri ratusan komen yang rata-rata tersentuh dengan ketulusan si suami menerima Aiffa.
Bertuah badan! Mesti ramai yang 'jealous' kan? - CARI |