CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2190|Reply: 17

Tisu Najis Panda RM26 Sekotak

[Copy link]
Post time 21-12-2017 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Tisu Najis Panda RM26 Sekotak

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/12/21/tisu-panda/

Diterbitkan: Khamis, 21 Disember 2017 10:30 AM



SICHUAN: Jika sebelum ini tersebar mengenai teh panda, tetapi kali ini inovasi daripada najis haiwan ini mampu menghasilkan tisu bertaraf mewah.

Tisu Panda Poo dijual dengan harga 43 yuan (RM26.46) sekotak, 10 kali ganda dari harga tisu biasa.

Selain diproses dari najis panda, tisu Panda Poo tersebut juga menggunakan lebihan buluh yang dikumpul dari tiga pusat pemeliharaan panda di Sichuan.

Menurut South China Morning Post (SCMP), produk berkenaan merupakan hasil kerjasama diantara Pusat Penyelidikan dan Pemeliharaan Panda Gergasi dan syarikat tisu Sichuan Jianwei Fengsheng.

Harga tisu yang mahal itu didakwa kerana proses penghasilannya yang rumit, antaranya proses mendedahkan bahan terlibat pada suhu yang tinggi.

"Kami pastikan tisu-tisu berkenaan mencapai piawaian antarabangsa, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah," kata Pengurus Sichuan Jianwei Fengsheng, Zhou Chuanping.

Seekor panda gergasi mampu menghasilkan lebih 10 kilogram najis setiap hari, kata penyelidik, Huang Yan.

Sebuah pusat panda pula memelihara lebih 300 ekor panda di Wolong, Bifengxia dan Dujiangyan.

Selain tisu, najis panda yang kaya dengan serat juga digunakan sebagai baja di ladang-ladang teh di Sichuan.

Ladang-ladang teh tersebut bertanggungjawab menghasilkan Teh Panda yang merupakan salah satu jenama teh termahal di dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2017 11:27 AM | Show all posts
what.................
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 12:02 PM | Show all posts
Kowser guna tisu bisa sudah
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kat lazada ada ke? iolls feeling nak jadi hipster nanti sambil2 berkempen dgn tetamu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 01:18 PM | Show all posts
jual mhl2 gitu apa kebaikan klu guna tisu najis panda ni? adakah dpt memuluskan kulit atau dapat bg vitamin ke ape ke dkt kulit
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tak boleh guna buat istinjak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2017 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dunia semakin gila.penghasilan dr najis binatang pon blh up rege mhl2.itu pon blh dpt sambutan..mcm kopi seberang..i cannot brain
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 09:46 AM | Show all posts

Tisu 'Najis' Panda, Jijik Tapi Mahal! Nak Ke?

Semua orang guna tisu untuk mengelap sebarang kotoran. Pernah terbayang tak tisu yang dibuat daripada najis beruang panda? Memanglah panda antara haiwan comel, tapi menggunakan najisnya untuk dijadikan tisu? Eeeww!


Di Beijing, sebuah syarikat melancarkan satu produk tisu yang dihasilkan daripada najis beruang panda. Ada tisu tandas, tisu kotak dan tisu poket di bawah jenama Panda Poo dengan harga 43 yuan (RM26) sekotak, kira-kira 10 kali ganda daripada harga tisu biasa. Amboi, mahalnya! Orang kaya sajalah pakai tisu ni nampak gayanya.




Najis panda yang cute hasilkan produk.
Foto: qianlong



Akhbar Chengdu Business Daily melaporkan, tisu luar biasa itu dihasilkan daripada najis panda dan daun buluh. Najis diambil daripada panda di kandang Pusat Pemuliharaan dan Kajian Beruang Panda China di Dujiangyan, Wolong dan Bifengxia di wilayah Sichuan. Ia dikukus dan disteril bagi mengambil gentian untuk membuat kertas atau tisu.


Obses betul negara itu dengan panda ya? Sampai tisu pun nak dihasilkan dari najis haiwan berkenaan.




Tak boleh bayangkan lap hingus dengan tisu najis.
Foto: time



Ia projek usaha sama pusat pemuliharaan itu dengan syarikat Sichuan Jianwei Fengsheng Paper yang mengeluarkan 60,000 tan kertas setahun.


Menurut laporan, seekor panda dewasa memakan 12 hingga 15 kilogram buluh sehari dan mengeluarkan najis dikenali sebagai bola hijau seberat 10 kilogram sehari.




Pelbagai jenis tisu dengan beraneka kegunaan.
Foto: viikingventures



Pengerusi Sichuan Jianwei Fengsheng Paper, Yang Chaolin berkata, panda hanya menyerap gula pada buluh dan mengeluarkan serat tumbuhan berkenaan.

“Panda menjimatkan usaha pekerja untuk memisahkan serat daripada buluh untuk membuat kertas,” katanya.


Guna tisu biasa pun dah okey sangat kan? Tisu mahal-mahal macam ni, nak buat apa. Bukan boleh buat kulit lebih gebu dan mulus, betul tak? - CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2017 01:45 PM | Show all posts
bagi free pon x nak. mcm xde tisu sumber lain nak pakai.
najis2 ni buat baja dah le
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
putput replied at 26-12-2017 11:34 AM
tak jijik. seperti proses pemeraman, tapi dalam perut panda. dah proses bagai. tak jijik pun hsilnya

Ya betul..sama je konsepnya..lg natural gitu..sape2 bljr sains mesti x geli hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Yikesssnever eber {:hero
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 03:38 PM | Show all posts
buat drpd najis.. tp mahal.. pelikss
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 03:42 PM | Show all posts
Cari-Zai replied at 26-12-2017 01:46 AM
Semua orang guna tisu untuk mengelap sebarang kotoran. Pernah terbayang tak tisu yang dibuat daripad ...

tisu mcm ni,cina2 bangang yg pengotor aje yg sesuai pakai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
X koser mak nyah... Tisu kedai 2 hengget cukup {:run
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Wowww sehari berak taik 10kilo..ni kalau orang bangun pagi berat 60kg ..gi masuk toilet berak keluar timbang balik jd 50kg sedap ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nant keluar plk fishball taik panda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2018 11:47 AM | Show all posts
erkkk..bau caner tu??
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahah..pelik2 sekarang ni..
Tisu dibuat daripada najis?

Serious ni..?
Ingatkan najis cuma layak dibuat baja je..

Memang tak lahhh saya nak beli..uwekkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.081658 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list