CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8757|Reply: 92

[Tempatan] 4 sekeluarga bermalam di koridor selepas diusir kerana gagal membayar sewa.

[Copy link]
Post time 27-12-2017 03:17 AM | Show all posts |Read mode






Pegawai pusat khidmat Adun Kebun Bunga Loh Eng Kim (kanan) dengan Looi Say Chye.


Keluarga Looi menduduki sebuah koridor Pangsapuri Rifle Range.

GEORGE TOWN: Empat sekeluarga tidur bermalam di koridor sebuah pangsapuri kos rendah pada Hari Krismas, selepas tuan rumah mereka mengusir mereka keluar kerana gagal melunaskan bayaran sewa 3 bulan sebanyak RM900.

Barang kepunyaan keluarga itu disusun di koridor konkrit sempit di tingkat 5 pangsapuri.

Mereka tidur atas tilam nipis bersebelahan lif Pangsapuri Rifle Range di Air Hitam di sini.

Tidak jauh dari tempat mereka berkumpul adalah pelongsor kebuk sampah yang berbau busuk.

Bagi Looi Say Chye, 52, dan isteri warga Indonesia beliau, Umi, 43, duduk di koridor itu lebih baik daripada langsung tidak berbumbungkan apa-apa.

Dua anak kecil mereka yang berumur 6 dan 8 tahun masih mampu bergelak tawa apabila sekumpulan pemberita mengelilingi mereka, mungkin tidak memahami sepenuhnya kesusahan ibu bapa mereka.

“Kadang-kadang ada angin,” kata Ah Boy, anak bongsu Looi, apabila ditanya adakah dia suka tidur di situ.

Looi tidak mampu membayar sewa RM900 untuk pangsapuri 340 kaki persegi selepas dipecat majikan 3 bulan lalu.

Sejak itu, beliau mengambil upah membuat kerja rencam untuk mencari rezeki buat keluarga. Tetapi katanya, beliau tidak dapat meraih banyak daripada pekerjaan itu dan duit yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk makanan.

Isterinya, Umi, bekerja sebagai tukang cuci pinggan sambilan di restoran berdekatan, dan diupah lebih kurang RM5 hingga RM10 setiap kali.

Tetapi isterinya yang berasal dari Bandung, Jawa Barat itu hanya boleh bekerja separuh hari kerana perlu mengambil anaknya di tadika percuma berdekatan.

Kakak Ah Boy, Cindy, 8, juga belajar di tadika itu kerana ibu bapanya tidak mampu menghantarnya ke sekolah.

Walaupun dilahirkan di Pulau Pinang, 2 kanak-kanak itu tidak mempunyai kerakyatan kerana Umi dan Looi tidak mendaftarkan perkahwinan kerana perbezaan agama.

Sejak diusir, Looi dan keluarga menggunakan tandas awam di Pasar Rifle Range di tingkat bawah untuk membersihkan diri.

“Saya hanya mahu tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak saya sementara saya cari pekerjaan lain.

“Saya harap ada orang dapat membantu. Saya tidak begitu kisah tentang diri saya. Tapi bantulah isteri dan anak-anak saya,” katanya dalam Hokkien.

Menceritakan bagaimana beliau hilang pekerjaan, Looi berkata ianya berlaku selepas majikannya merasakan beliau terlalu lemah untuk mengangkut barang.

Beliau dahulu bekerja sebagai penghantar untuk kedai fotokopi dan cetak di Jalan Kedah dan selalunya terpaksa membawa berkajang-kajang pelan bangunan menggunakan motosikal untuk dihantar kepada pemaju.

Strok yang dihidapnya sejak 6 tahun lalu mengehadkan pergerakan tangan kanan. Tetapi katanya, kini beliau mampu menggunakan tangan kanan sepenuhnya.

Keadaan bertambah buruk selepas dipecat, beliau berkata majikannya meminta bayaran RM30,000 untuk kos rawatan selepas beliau dilanggar sebuah van semasa melintas jalan pada 2010.

“Saya sedang menghantar pelan bangunan kepada pemaju di bandar. Semasa melintas jalan, saya dilanggar. Kaki kanan saya patah dan saya dihantar ke Hospital Pulau Pinang. Majikan saya telah membayar kos rawatan.

“Selepas mereka pecat saya 3 bulan lalu, mereka kata, ‘Oh, kamu tidak bertenaga, tidak perlu bekerja.’

“Dan majikan saya memberikan RM1,000 dan meminta saya membayar semula RM30,000 atas rawatan kemalangan saya bertahun lalu,” kata Looi.

Menurut Looi, beliau seorang pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (Perkeso) tetapi tidak dapat membuat tuntutan kerana laporan polis yang dibuatnya telah hilang.

Looi berkata keluarganya juga tidak membantu kerana satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup, iaitu adik lelakinya, sudah memutuskan hubungan dengannya.

“Selepas ibu saya meninggal dunia bertahun lalu, dia menjual rumah keluarga kami di Jalan Perak. Dia tidak pernah beri duit dan tidak pedulikan saya,” kata Looi.

Menurut Looi, beliau dan keluarga berpindah ke pangsapuri Rifle Range 2 tahun lalu, dan sebelum ini menyewa rumah kampung berdekatan kawasan Dhoby Gaut.

Mereka yang berhasrat membantu Looi, boleh menghubungi pegawai pusat khidmat Adun Kebun Bunga Loh Eng Kim di talian 04-826 5451 atau 012-488 6970.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...elepas-diusir/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ummi ummi
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Di pengerang berlambak betina Indon kahwin apek tua pastu terus dpt drive Honda CRV

Kat Klang Indon kahwin lelaki India.. janji engineer

Ko ingat betina Indon ni kisah ke? Janji boleh duduk Malaysia & boleh start hidup baru kat sini. Ada anak perempuan akan ajar menggarit mcm T**** S****

Sorang lagi pendatang Myanmar paling berjaya..aunts Sally
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2017 07:08 AM | Show all posts
“Walaupun dilahirkan di Pulau Pinang, 2 kanak-kanak itu tidak mempunyai kerakyatan kerana Umi dan Looi tidak mendaftarkan perkahwinan kerana perbezaan agama“

Maksudnya ummi tu berugama islam sebab itu perkahwinan tidak boleh di daftar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 07:16 AM | Show all posts
Ya Allah...kejam nya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
wanitajelita replied at 26-12-2017 11:02 PM
Di pengerang berlambak betina Indon kahwin apek tua pastu terus dpt drive Honda CRV

Kat Kla ...

wow wow wow.. ummi perlu berguru la dgn aunts sally.. agar hidup di hari tua kelak boleh ditanggung para menantu-menantu dan biras-biras.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2017 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
ummi ingat dia ne engineer ke? mentang2 la bawa pelan bangunan hari2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 07:50 AM | Show all posts
Isterinya, Umi, bekerja sebagai tukang cuci pinggan sambilan di restoran berdekatan, dan diupah lebih kurang RM5 hingga RM10 setiap kali.


Ini bentuk perhambaan zaman moden.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 08:00 AM | Show all posts

prempuan indon ramai yg mcam ni
x kisah pasal agama, asal boleh...
kat area umah aku pun ada yg mcam ni..
ank da berderet...

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 08:10 AM | Show all posts
Org sewa rumah ai....setahun xbyr sewa....xsampai hati nak halau keluar
Moga dimurahkan rezeki ......
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 08:16 AM | Show all posts
berlainan agama??
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan k.nk kata apa..dah dijodohkan...nk buat camne..tp kenalah buat cara yg betul. What if Apek tu convert n kawen Umi cara betul..meols rasa anytime je perkim/jabatan agama boleh bantu. Ini seolah gamble jah hidup dlm keadaan camtu. Yg jd mangsa anak anak diorg tu lah. Oh so sedih
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 08:39 AM | Show all posts
anak dia dikira mcm mana tu ek? dah terbawa budaya indon kahwin tak tuka agama kat sini.. sian anak2 dia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 08:51 AM | Show all posts
kasihan sama anak anak kechil dua orang tuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 08:54 AM | Show all posts
aikee04 replied at 27-12-2017 08:10 AM
Org sewa rumah ai....setahun xbyr sewa....xsampai hati nak halau keluar
Moga dimurahkan rezeki  ...

biar betul ko? setahun dok free...
aku ni penyewa 5 bulan tak bayar.. pening aku.. tggu nk repot polis je la.. xblah2
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 08:58 AM | Show all posts
melayu kawin indon ka cina kawin indon ka
dpt keturnan tetap indon..perangai pun keindonan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 09:03 AM | Show all posts
wanitajelita replied at 27-12-2017 07:02 AM
Di pengerang berlambak betina Indon kahwin apek tua pastu terus dpt drive Honda CRV

Kat Kla ...

siapa aunts sally?

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb itu kalau umur dah 40 tahun stop la beranak, nnt kena kerja sampai umur 70, umur 50 60 mmg waktu start sakit2, umur 40 waktu menyimpan Wang hari tua
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb itu kalau umur dah 40 tahun stop la beranak, nnt kena kerja sampai umur 70, umur 50 60 mmg waktu start sakit2, umur 40 waktu menyimpan Wang hari tua
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 09:19 AM | Show all posts
Kesiannya... adik pun tak ngaku saudara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.470140 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list