CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2199|Reply: 8

Tahun 2018 Masa Depan Anda Semakin Maju Atau Mundur?

[Copy link]
Post time 27-12-2017 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Setiap kali tiba tahun baru, pasti kita akan diingatkan untuk memperbaharui azam. Hal ini kerana setiap azam yang kita buat itu adalah cerminan kepada masa depan kita. Sama ada hidup kita semakin maju atau semakin mundur.


Namun, berapa ramai yang mampu menyempurnakan azam mereka? Ya, kita memang selalu ada azam yang hebat-hebat. Seringkali juga kita gagal menyempurnakannya kerana persekitaran dan kekangan yang tidak memungkinkan kita begitu.


Bagi mereka yang belum pernah mencapai segala impian, mungkin boleh mencuba menyusun azam dan matlamat yang mudah terlebih dahulu. Contohnya, ‘Untuk meningkatkan kemahiran diri (dalam bidang ?), maka saya akan menghadiri dua kursus (apa) jangka pendek pada tahun 2018’.


Apabila menulis azam, anda perlu jelas. Jika anda berminat dalam bidang jahitan, maka nyatakan bahawa anda ingin mendalami bidang jahitan. Kemudian, nyatakan kursus apa, jangka masa dan bila. Huraikan dengan jelas cara dan bila anda mahu melakukannya.






Pendek kata, anda perlu membuat sedikit kajian. Dapatkan maklumat yang tepat. Pastikan di mana kursus tersebut diadakan dan berapakah yurannya. Jika boleh dapat percuma, bagaimana caranya. Apa persediaan yang perlu dibuat sebelum anda menghadiri kursus dan apakah yang anda mahukan hasil daripada kursus tersebut.


Sebagainya contohnya, anda adalah tukang jahit. Dengan kemahiran tambahan itu anda boleh menambah tempahan atau meningkatkan kualiti jahitan. Setelah berlaku segala yang dirancang,maka barulah azam anda dapat disempurnakan.

NAMPAK MUDAH TAPI SUKAR DILAKUKAN
Memang nampak mudah tapi selalunya dengan pelbagai alasan yang menjadi kekangan, kita sering memilih untuk melupakan sahaja azam kita itu. Akhirnya tahun berganti tahun dan kita mula menyesal. Mungkin kita akan duduk menongkat dagu dan mula merungut atau menyesal, “Alangkah bagusnya kalau aku ambil kursus itu 10 tahun yang lalu.”


Beruntunglah mereka yang hidupnya ‘follow the rules” dan “follow your heart”. Orang begini akan mengejar azam dan impiannya tanpa mengira apa orang lain cakap. Selalunya orang inilah yang akan berjaya, bukan kerana dia bijak atau bertuah tapi kerana dia berani, yakin dan istiqamah.






Manakala orang-orang yang sering memikirkan apa cakap orang dan takut untuk mengambil tindakan, biasanya akan berada di takuk yang lama. Jika 20 tahun lalu dia tidak ada lesen memandu, maka keadaannya sama saja sampai sekarang. Ya, mungkin dia fobia. Tak apalah.

DRASTIK TAPI HATI-HATI
Dalam situasi yang lebih radikal, ada pula orang yang terlalu bercita-cita besar atau punya azam yang hebat hingga bertindak terburu-buru. Dia akan mudah terpedaya dengan orang yang suka mengambil kesempatan.


Selalunya dia ini hendak cepat. Mahu kaya cepat. Ada yang hilang wang pelaburan kerana ditipu rakan bisnes dan sebagainya. Ada yang ditawarkan sijil berbayar kerana hendak cepat mendapat ‘tittle’. Akhirnya dia jadi insan yang kecundang moral dan material.


Jadi, hati-hatilah. Biar sebanyak mana pun wang atau masa anda, gunakan ia dengan cara sederhana. Kejarlah azam dan iltizam mengikut kemampuan diri. Usah abaikan kesihatan dan keluarga.


Foto Carian internet



Rancang dan tunaikan azam anda sebaik mungkin agar hidup anda semakin maju.Jika anda ada cara yang berkesan untuk mencapai azam anda, sila kongsi di ruangan komen.


Semoga saranan anda akan memberi manfaat kepada yang lain. Selamat menyambut tahun baru 2018 kepada semua netizan yang saya hormati dan kasihi.


Salam,
Liza Ali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
2018 kena lebih struggle. Anak dah bertambah. Ekonomi pula tak menentu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 01:06 PM | Show all posts
2018... nak maintain je
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 02:26 PM | Show all posts
lebih maju
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kumpul duit kepuk kepuk
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
nak jadi minimalist, kurang beli benda merepek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2017 09:52 AM | Show all posts
cikputih15 replied at 27-12-2017 11:47 PM
nak jadi minimalist, kurang beli benda merepek

2017 i start buat ni... ada jugakla hasilnya... antaranya, i tak beli iphone bila yang lama rosak...beli yang lebih murah tapi function lebih kurang semua ada... Lepas tu baju cari jugak kat bundle ...berbaloi kalau dapat yang cantik , baru dan harga murah...balik rumah rendam air suam basuh... hehehehe.... beg pon i cari bundle... 70 dapat 5 buah beg..hahaha okla .... yang penting lebih duit untuk travel...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Rs nk jd lebih cool and kurang kan sifat 'cepat nek angin'.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 09:13 AM | Show all posts
Jaga kesihatan paling penting...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056581 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list