View: 2198|Reply: 9
|
Suami Penuh Dengan Bahasa Pelik, Betulkah?
[Copy link]
|
|
Lelaki oh lelaki, ada saja perkara melucukan yang kaum Adam ini buat. Memetik portal bidadari.my, ada sesetengah orang berkata, lelaki ni suka guna 'bahasa' pelik-pelik, betulkah?
Jom tengok dan teliti sendiri sama ada perkara ini benar atau sebaliknya.
1) Apabila anda jarang melakukan kerja rumah dan sesekali membantu isteri, namun mereka tidak berterima kasih. Mesti anda terasa 'angin' satu badan kan?
Foto : Infobae.com
2) Pulang dari pejabat, anda beritahu isteri bahawa anda sudahpun makan di tempat kerja. Namun, apabila isteri hidangkan makanan, anda duduk semeja dan 'melantak' sekali. Aik, tadi kan dah makan?
3) Kaum suami ni memang jarang melakukan kerja rumah dan bila sesekali 'turun padang' tu, dia akan merasa bangga sangat! Mulalah 'berbuih' mulut bercerita tentang kerenah anak-anak, penatlah dan sebagainya. Walhal, baru setengah hari mengambil tugas isteri. Jangan tipu, mesti anda ada buat macam ni kan?
Foto : Pinsdaddy.com
4) Eh, eh. Bila isteri tanya mana barang yang dipesan dan anda terlupa langsung mengenainya, isteri pula dipersalahkan kerana tidak mengingatkan anda dalam perjalanan tadi. Cepat mengaku siapa selalu macam ni!
5) Isteri tanya, "Saya beli dua barang ya abang?"
Anda pun jawab, "Awak ambillah sepuluh pun." Tapi, bila isteri betul-betul membeli sepuluh, boleh pula bertanya balik, "Eh, kenapa beli banyak sangat?"
Mesti ada antara kalian yang terjebak dengan situasi seperti ini.
Foto : Kizlarsoruyor.com
6) Apabila suami mencari barang dan dia tidak menemui barang tersebut. Percayalah, dalam masa 15 saat sahaja pasti dia akan bertanyakan kepada isteri. Jika isteri cakap dia tak tahu atau tak nampak apa yang dicari, pandai pula dia berkata, "Takkan awak tak nampak." Amboi!
7) Adakah anda seorang yang jenis 'aku buat tak apa, jangan orang lain buat'.
Contohnya, dia saja boleh lambat bersiap jika mahu ke mana-mana. Tapi, sekali isteri terlewat bersiap dia punya berleter tu macam machine gun!
Foto : Theodysseyonline.com
Pernah alami situasi sedemikian? Mesti pernah! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ni? Mana bahasa pelik nye? Hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Macam general je point2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Celah mana bahasa pelik tu? |
|
|
|
|
|
|
|
{:laugh{:laugh{:laugh
seorang suami memang pelik |
|
|
|
|
|
|
|
kahwin ni kene ada give and take |
|
|
|
|
|
|
|
estrelle replied at 22-1-2018 09:53 PM
@LiloMojo
Hurm hurm... Cik somi fondant pakai blusher gi lunch tomyam dgn si ngetop baru pelik |
|
|
|
|
|
|
|
LiloMojo replied at 23-1-2018 07:51 PM
Hurm hurm... Cik somi fondant pakai blusher gi lunch tomyam dgn si ngetop baru pelik
Sekilas ikan di air cuols..plis ajankan ya. |
|
|
|
|
|
|
|
haaahahahaha....mmg hb ai perangai mcm list di atas semua tuh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|