Sejak kebelakangan ini, Iqram Dinzly sering memuat naik kelakuan peliknya di Instagram hingga ada yang menganggap dia tidak waras selepas kehilangan bapanya beberapa bulan yang lalu.
Foto: IG Iqram Dinzly
Foto: IG Iqram Dinzly
Pelbagai kata-kata keji dihamburkan kepadanya pada ruangan komen di media sosial namun begitu masih ada yang berfikiran positif tentang kelakuannya yang menjengkelkan itu.
Turut tidak terkecuali, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah ‘menegur’ perbuatan Iqram tersebut dengan memuat naik surat terbuka di Facebook beliau.
Foto: FB Mufti Wilayah Persekutuan
Iqram juga mendapat jemputan istimewa daripada beliau untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya bagi sesi ramah mesra dan berbincang mengenai situasi hidupnya yang kini.
"Mungkin ada sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan. Boleh menghubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri," katanya.
"Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi.
"Berkenaan hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar," jelasnya dalam kandungan surat tersebut.
Foto: IG Iqram Dinzly
Dalam surat tersebut terselit kata-kata nasihat daripada beliau agar tidak mempedulikan segala cemuhan dan berdoa moga diberikan ketabahan menjalani kehidupan.
Iqram yang dulu tiada lagi dan dia kini mahu dikenali sebagai Dr. Princhiqy Dinzly.
Semoga Iqram diberi kekuatan untuk meneruskan hidupnya. Teruskan kata-kata positif dan hentikan kata-kata keji! - CARI |