Di mana nak raikan hari istimewa dalam persekitaran indah? Bukan setakat sajian yang enak, malah diiringi muzik tradisional yang merdu melunak.
Restoran Mamanda, jawapannya! Restoran ini telah membuka cawangannya di Kuala Lumpur dan mula beroperasi sejak 2012 di Sultangate, Singapura.
Istimewanya di sini, sajian Melayu disantap dalam suasana gemilang Istana, dilayan bagaikan berada di singgahsana. Setiap hidangan dilihat mempesonakan, maka selera pun terpikat dan citarasa pun tertambat.
Pintu masuk ke Restoran Mamanda
Nasi Kerabu berlauk serunding ikan, daging bakar, budu dan banyak lagi
Dari 20 Disember 2017 sehingga 20 Januari 2018, Mamanda mengadakan Fiesta Sajian Kelantan. Ada Nasi Kerabu, Nasi Tumpang, Nasi Dagang serta kuih-muih hasil air tangan Chef Nik, seorang pakar masakan yang tidak asing lagi! Air tangannya pernah disajikan di Istana Kelantan. Semua masakannya memang enak dan memuaskan hati.
Enaknya Nasi Dagang berlauk ayam, ikan dan udang
Sajian terkenal disediakan Mamanda adalah Nasi Ambeng dengan beraneka lauk-pauk, kerabu juga sambal. Kalau memesan hidangan dulang, ia boleh dimakan hingga empat atau lima orang. Memang berbaloi dan menghiburkan makan bersama sedulang seperti dianjurkan dalam Islam juga adat Jawa.
Nasi Ambeng mashyur di seluruh Nusantara
Manisan istimewa untuk Fiesta Sajian Kelantan
Mamanda dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam, Selasa hingga Ahad. Sebaiknya, buatlah tempahan sebelum ke sana kerana kadangkala majlis menyambut ulang tahun, pertunangan atau perkahwinan turut diadakan di situ.
Pelbagai sajian yang menawan selera
Alamat: TPC Kuala Lumpur, 10 Jalan 1/70D, Jalan Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur.
Raikan teman atau keluarga istimewa di restoran indah ini. Ia memang pengalaman yang tak mudah dilupakan. - CARI
|