CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1565|Reply: 5

Lagi Sedap Dari Aiman Tino Katanya!-Netizen Nak Lelaki OKU Ini Diangkat Menjadi

[Copy link]
Post time 28-12-2017 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Tuah memuat naik video menyanyi secara live di Facebook, seorang lelaki kurang upaya (OKU) terus menjadi popular kerana berjaya menarik perhatian netizen di media sosial!


Kata mereka suaranya lunak. Kalau tak tengok, memang boleh tersalah sangka dengan suara penyanyi Aiman Tino!


Menurut tuan punya badan, Zulfahmie Hashim 24 tahun yang bekerja sebagai operator kanan sebuah kilang elektronik, dia tidak menyangka videonya menyanyikan lagu Permata Cinta, dendangan asal Aiman Tino itu tular di Facebook.




"Niat asalnya hanyalah suka-suka saja. Saya buat live di FB saya dan simpan untuk buat kenangan, tetapi tak sangka kawan dalam FB kongsi video ini sehingga tular. Memang di luar dugaan saya."


Setakat ini video tersebut sudah mendapat ratusan ribu views dan share oleh pengguna laman sosial.


Sedap sangat ke suaranya? Tonton sendiri:





Bahkan, ramai yang berpendapat suaranya lagi sedap dari penyanyi asal Aiman Tino.


Ada juga yang menggesa syarikat rakaman mengambilnya sebagai artis kerana keunikan suara yang dimiliki.


Antara komen:





Walaupun begitu, sesetengah netizen berpendapat yang lelaki ini tak mampu pergi jauh kerana rata-rata industri hiburan di Malaysia hanya memandang rupa paras.


Tapi kalau Caliph Buskers boleh berjaya sampai membuka mata ramai pihak dalam industri muzik di Malaysia, sudah tentu Zulfahmie juga mampu kan? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2017 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap juga suara dia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 03:45 PM | Show all posts
eman dh blh nges bucu katil... abeslah... ramai plak suka acik ni.. eman d lupakan.. hehehehehhe
nk dgr gak ah nnt
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 03:53 PM | Show all posts
ala...acik2 bawang nie x pyh acah2 la nk suh bdk nie jd penyanyi...tgk dulu si buntat tue bkn main netizen bawang dok sanjung..bile filem dia kuar xde plk netizen bawang nie gi tgk kan...benda tgh viral semua dok pakat viral..tgu la 2-3 bulan confirmed dilupakan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok jugek.  Tp nk pegi jauh dlm induszri mcm susah je..   bias,  nk jd artis kene ade rupe,  sengau ke semput ke blakang cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 01:41 PM | Show all posts
Terima hakikat, rupa kena ada nk laku keras... unless buat lagu sempoi2 catchy yg lawak cam upiak tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048151 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list