CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4127|Reply: 10

Makanan Sabah Unik-Unik, Tapi Enak! 5 Menu Wajib Cuba, Ruginya Kalau Tak Pernah

[Copy link]
Post time 29-12-2017 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Selain terkenal dek kerana makanan lautnya, Sabah negeri di Bawah Bayu ini juga turut mempunyai makanan-makanan unik yang mana anda patut cuba.


Ini kerana ia bukan sahaja unik malah rasanya juga ada yang sedap dan pelik tetapi jangan khuatir kerana ia tetap selamat dimakan.


Dipetik dari laman sesawang Butterkicap, ini senaraikan lima makanan unik wajib cuba jika anda ke Sabah.


1) Hinava

Foto - peppers-love.blogspot.my




Hinava Ginapan atau dipanggil dengan nama ringkas Hinava merupakan salah satu makanan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun.


Dihasilkan dengan menggunakan isi ikan segar, ia kemudiannya dicampurkan dengan biji buah bambangan yang diparut. Untuk menambahkan rasa pedas cili merah dimasukan dan diikuti halia, bawang merah, limau nipis dan garam.


Hinava ini merupakan makanan paling popular dikalangan suku Kadazan-Dusun dan biasanya dihidangkan semasa Tadau Kaamatan yang mana ia dijadikan sebagai hidangan paling istimewa.


2) Barobbo

Foto - asharimuhri.wordpress.com




Bubur nasi jagung. Mungkin itu yang boleh dikatakan bila kali pertama melihat dan mencuba hidangan unik ini. Barobbo merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat Bugis di Sabah terutamanya di Sandakan dan Tawau.


Jika dahulu barobbo di masak bersama jagung pulut namun hari ini ia banyak dimasak menggunakan jagung manis.


Kebiasaannya, Barobbo dimasak apabila sesebuah keluarga berkumpul beramai-ramai seperti waktu cuti hujung minggu. Difahamkan makanan ini enak ketika dimakan panas-panas.


3) Latok

Foto - nurhasanahbaqiah.wordpress.com




Bentuknya yang kelihatan pelik serta warnanya hijau pasti membuatkan anda tertanya-tanya apakah makanan ini bila melihatnya buat kali pertama.


Merupakan sejenis rumpai laut, Latok adalah makanan tradisional suku kaum Bajau Laut di Sabah.


Makanan ini cukup popular di kalangan masyarakat Bajau Laut yang mana kebanyakan mereka tinggal di persisir pantai Semporna.


Latok juga dipercayai mempunyai beberapa khasiat yang dikatakan dapat memberikan kebaikan kepada sesiapa yang memakan makanan unik ini.


4) Pinasakan Sada

Foto - nabaluvi.blogspot.my




Selain Hinava, ini satu lagi makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun yang dianggap unik dan sangat terkenal di Sabah.


Berbeza dengan Hinava yang menggunakan isi ikan segar, Pinasakan Sada ini adalah sejenis ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan beberapa bahan.


Antara bahan-bahan yang dicampur dalam makanan ini adalah buah Bambangan, Takob-akob, kunyit dan garam.


Pinasakan Sada ini mempunyai satu kelebihan berbanding Hinava di mana tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari.

5) Noonsom

Foto - tanomkinotuan.blogspot.com




Nak sebut nama makanan ini kena betul-betul ya kalau salah sebut boleh jadi NekSom pula.


Noonsom yang menjadi makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun merupakan salah satu makanan yang berupa jeruk. Noonsom biasanya ada tiga jenis iaitu noonsom sada (ikan), noonsom bambangan (buah), noonsom tuhau (tumbuhan).


Ha jadi amacam dengan senarai lima makanan unik Sabah yang disenaraikan? Ada tak antaranya yang belum anda cuba? Jika belum boleh la cuba ke bila bercuti ke sana dan jadikan senarai dari Cari ini sebagai panduan untuk mencuba. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2017 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
my fav latok!! {:thief
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk mkn latok...{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam nak rasa latok tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 02:31 PM | Show all posts
latok rase dia mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 02:56 PM | Show all posts
menariknyaa tgk latok tuu.. apa rasanya??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2017 10:29 PM | Show all posts
Prg KK dulu mkn kat gerai ikan bakar berdekatan psr filipin ada jg nmpk latok ni hidang sekali dgn ikan bakar. Tp aku x mkn,sbb mmg x suka mkn benda pelik2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 10:35 PM | Show all posts
rindunya nak makan hinava dan latokkkk  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2017 12:19 AM | Show all posts
kecurnyaa tengok latok tuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah makan latok. Bila kunyah macam rangup.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2017 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo boley coba nanti bila di Sabah {:thief
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.077200 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list