View: 2448|Reply: 13
|
Tak Tahu Pilih Minyak? Aduh, Jangan Naik Minyak Sudah...
[Copy link]
|
|
Minyak begitu penting dalam masakan terutama di Asia. Bila menumis, menggoreng, buat dressing untuk salad, semuanya menggunakan minyak. Jadi, minyak mana terbaik untuk digunakan? Jom tengok kajian yang dilakukan oleh Dr Steve ini.
Gunakan seberapa banyak yang anda suka.
Minyak kelapa sangat sesuai digunakan ketika panas atau sejuk. Ia mengandungi lemak tepu sebanyak 85 peratus. Mentega atau minyak sapi pula pilihan terbaik dan sesuai untuk masakan panas atau bakeri. Minyak kelapa sawit dengan rasa unik, terbaik untuk memasak dan sesuai untuk menggoreng kerana ia kurang berasap kalau bersuhu tinggi. Lemak haiwan seperti lemak lembu stabil dan selamat untuk dimasak, tetapi jangan diguna terlampau banyak kerana ia mengandungi sedikit lemak tak tepu.
Minyak kelapa dan minyak sawit hasil negara kita, wah.. terbaiklah!
Gunakan dalam kadar sederhana.
Sementara itu, minyak bijan tinggi antioksidan dan stabil pada suhu sederhana. Minyak kacang amat popular dalam masakan Asia, tetapi jangan digunakan selalu, okey. Minyak flaxseed pula tinggi omega-3, namun tak sesuai digunakan dalam masakan dan mesti disimpan di dalam peti sejuk.
Ada minyak untuk sajian 'sejuk' seperti 'gaulan' (dressing) salad atau sayur mentah.
Minyak zaitun amat popular bagi yang menjaga kesihatan, tapi waspada dengan minyak tiruan. Hidangkan dalam keadaan sejuk dan guna suhu rendah jika menggunakannya dalam masakan. Pilih minyak yang tidak jernih dan extra virgin. Ia juga tinggi anti-oksidan. Manakala, minyak avokado bagus untuk memasak pada suhu tinggi dan sedap dihidangkan sejuk (dicampur jus limau, digaul dengan salad). Namun tahap lemak tak tepu agak tinggi.
Bijak pilih minyak, masakan enak, tubuh sihat.
Elakkan dari menggunakannya.
Walnat, kacang soya, safflower, minyak bunga matahari dan minyak grapeseed adalah pembohongan terbesar dalam pemasaran di seluruh dunia. Untuk mendapatkan minyak, ia diproses dan ditambah bahan-bahan lain. Cecair pada suhu bilik dan tinggi lemak tak tepu yang boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat.
Pelbagai minyak di pasaran, perlu bijak memilih.
Foto: readyseteat
Minyak sayuran atau lemak sayuran pula boleh menjadikan tubuh gemuk dan mungkin karsinogenik pada suhu tinggi.
Minyak jagung pula tinggi omega-6 yang tak sihat, rendah omega-3 yang sihat dan agak tengik bila dimasak. Manakala minyak canola dipasarkan sebagai minyak yang menyihatkan (sebenarnya tidak), diperah dari rape/biji sawi.
Jadi, minyak mana pilihan anda? Jangan kata kami tak beritahu! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu dimomokknay myk sunflower elok.. sama jgk myk jagung |
|
|
|
|
|
|
|
Salah lah pilihan minyak iolls. |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang makn salad dressing ni .. guna minyak kelapa sawit je utk masak dan minyak jagung utk buat kuih .. |
|
|
|
|
|
|
|
laa.. canola, sunflower oil semua tu tak sihat?? iols tertipu la selama nie!
minyak kelapa dlm artikel tu termasuk myk kelapa sawit ke?? kalau masak ngan minyak kelapa cam tak sedap je, sebab ada extra rasa yg akan kacau rasa makanan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
apa rasa kalau masak guna minyak kelapa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Tenkiyuu tt..sy guna minyak kelapa sawit jaa utk memasak..olive oil mahal sgt..
Stkt ni minyak2 lain x guna.. |
|
|
|
|
|
|
|
minyak zaitun hat orang kata baik untuk kesihatan,
tak baik sebenarnya digunakan untuk menggoreng...
sekadar curah atas salad boleh lah...
baca kat satu research ni...jangan minta link, aku sendiri pun tak ingat mana aku baca |
|
|
|
|
|
|
|
cempakaa replied at 12-1-2018 01:44 PM
apa rasa kalau masak guna minyak kelapa ni?
Minyak kelapa proses sendiri sedap je...wangi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik infonya. Olive oil untuk menumis minyak kelapa untuk deep fry. Tapi minyak kelapa susah nak dapat dipasaran sekarang berbanding minyak kelapa sawit. Minyak kelapa kalau buat sendiri wangi baunya. |
|
|
|
|
|
|
|
What..minyak sunflower tak elok ke..gigih la I beli konon lagi sihat dari minyak sawit..dah la mahal,law goreng bau pon agak pelik..nsib baik mmg nak habis.tukar semula ke minyak sawit la nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Btul...cef wan pun penah wonder apa canola oil ni sebenarnya..dalam good oil bad oil dulu pun penah bagitau minyak sawit paling stabil..US kan pengeluar jagung..ofcoz they all akan bagitau minyak jagung tu the best.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|