CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4923|Reply: 8

Kulit Disiat, Bangkai Dibiar Membusuk! Ini Perangai Jijik Manusia Bila Berdepan

[Copy link]
Post time 3-1-2018 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Tahun 2018 sudah menjelma tapi apa kata kita selak sedikit tabir hujung tahun 2017 dengan cerita segelintir rakyat Malaysia yang tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan. 25 Disember yang lalu, Persatuan Haiwan Malaysia membuat satu kenyataan di Facebook mereka berkenaan sikap segelintir rakyat Malaysia yang ‘kurang ajar’ kerana tidak menghormati bangkai haiwan eksotik.



Foto: FB Persatuan Haiwan Malaysia






Tapir adalah haiwan yang diancam kepupusan kerana banyak habitatnya telah dimusnahkan oleh manusia.


Namun kenyataan Persatuan Haiwan Malaysia telah memuat naik beberapa gambar seekor tapir yang mati dilanggar dan disiat kulitnya di Kampung Renuk Baru, Gua Musang tidak lama dahulu mengundang kecaman pelbagai pihak, termasuk dari Persatuan Haiwan Malaysia.





Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, pada tahun 2017, terdapat lebih 40 ekor tapir yang mati akibat terlanggar di pelbagai jalan di seluruh Malaysia. Statistik ini sangat membimbangkan dan disebabkan itu persatuan ini mendesak Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia untuk mengambil tindakan segera membina laluan haiwan (Animal Viaduct) yang memudahkan haiwan liar untuk melintas jalan dan lebuh raya di Malaysia.



Sumber: gizmodo.in






Lebih menyayat hati, tapir yang dilanggar tadi telah disiat-siat kulitnya dan bangkai tersebut dibiarkan membusuk di tepi jalan. Menurut Persatuan Haiwan Malaysia lagi, kulit tapir disiat bertujuan untuk mendapatkan khasiat perubatan yang setakat ini masih belum diuji secara klinikal dan dibuktikan keberkesanannya


Kejadian yang sama telah direkodkan pada 26 Oktober dalam Harian Metro. Pihak PERHILITAN mengesan kehilangan beberapa anggota tapir seperti kulit, telinga, kaki kanan hadapan dan belalai dipotong. Individu yang tidak bertanggungjawab seperti ini boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 68 dan boleh dikenakan denda RM 100, 000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.







Foto: FB Persatuan Haiwan Malaysia





Seharusnya, semua makhluk Tuhan yang wujud di muka bumi dihormati. Cuba bayangkan kalau manusia  pula disiat, dipotong dan dijadikan ‘prop’ untuk bergambar pula bagaimana? Sebenarnya mentaliti rakyat Malaysia ini berada di tahap yang mana? Fikirkanlah. -CARI




Foto: GhafarNawi.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 11:33 AM | Show all posts
kesiannya..teringat ada sorang kenalan yg tinggal di sempadan T'ganu-Pahang, dia ckp kdg ada je
tapir sesat lalu kat area rumah dia.. tapi tak ganggu org.. tapi klu dia nampak mmg cepat2 dia naik atas rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 12:49 PM | Show all posts
saya mengajak semua cipan-cipan kat hutan malaysia migrate dari malaysia. harap2 mereka boleh baca notis kat forum cari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ignorant fool. Haiwan tu punya nyawa lagi precious dari manusia jahil sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Masha Allah, tergamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 06:59 PM | Show all posts
kimak punya sialan bangsat. Macam terdesak sgt puiiiii. macam mana binatang tak pupus klu ada bangsat camne kt dunia. sampai hidung pon dipotong...wtf. mintak2 keracunan seumur hidup bangsat2 ni semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2018 07:08 PM | Show all posts
Khasiat perubatan? Alangkah pendek nya akal mereka mereka ini. Bagaimanakah negara ini tidak terjual kepada negara lain, jika bangsanya berfikiran sebegini?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 06:03 PM | Show all posts
Teruknya diperlakukan dan ditinggalkan sebegitu.  Kok ya pun tanamkan ler ia elok2 bukan main tinggal macam tu je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 11:52 AM | Show all posts
x jumpa lak perkataan y seswai nak maki2 golongan mcm ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062921 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list