Kisah kehidupan pelakon Zarina Zainuddin membesarkan anak-anak kembar Autisme tidak asing lagi di kalangan masyarakat.
Ramai yang memuji kesabarannya yang teguh menghadapi dugaan hidup membesarkan anak-anak istimewa.
Selain berlakon, Zarina juga berniaga pulut kuning yang laku keras! Namun, beberapa hari lalu, palakon terbabit meluahkan perasaannya berikutan dihalau peniaga lain ketika berniaga pulut di Lumut.
"Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut, tetapi dihalau dengan peniaga lain yang turut meniaga di sana," tulisnya.
Kalau berdengki macam ni,
sampai bila pun kita tak boleh maju
Sejak memulakan perniagaan pulut kuning beberapa tahun lalu, pelakon itu sentiasa mendapat sokongan dan permintaan tinggi daripada pelanggan.
Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Zarina.
Buat malu orang Melayu je!
Foto: IG Zarina Zainuddin
Semoga Zarina terus tabah menghadapi ujian hidup dan terus dilimpahkan rezeki. - CARI |