View: 2787|Reply: 11
|
Dulu Buncit Kini Sado! Anak Beranak Ini Buat Ramai Kagum..
[Copy link]
|
|
Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.
Inilah yang berlaku kepada keluarga yang berasal dari China ini apabila keseluruhan keluarganya berjaya mengurangkan berat dan menghapuskan perut buncit dalam masa enam bulan!
Ianya bermula apabila lelaki yang juga bakal bapa, Jesse memutuskan untuk melakukan senaman selepas menyedari saiz pinggangnya semakin bertambah pada tahun lalu.
Isterinya juga pada ketika itu sedang sarat mengandung dan sedang menunggu masa untuk melahirkan anak pertama mereka.
Namun daripada melakukannya keseorangan, keluarga kepada lelaki berumur 32 tahun itu turut mengikut langkahnya untuk mengurangkan berat badan.
Memetik laporan Bored Panda, program mengurangkan berat badan itu juga membantu bapa Jesse yang selama ini mengalami masalah buncit akibat ketagihan alkohol.
Keluarga ini melakukan senaman dengan memperbanyakkan berjalan kaki, berjoging serta melakukan senaman di gim.
Jesse yang juga merupakan seorang jurugambar dari Xiamen, China mengambil gambar perubahan yang mereka lalui setiap 10 hari.
Program ini pada awalnya dirancang selama enam bulan dari 10 Mac sehingga 30 September tahun lalu, tetapi ia kemudiannya menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka sekeluarga.
Jesse memuat naik setiap perkembangan di akaun Instagramnya dan keputusannya amat menakjubkan!
Setiap ahli keluarganya menjalani transformasi yang berbeza dan yang paling terkesan buat Jesse adalah perubahan pada bapanya yang kini lebih berkeyakinan.
Wah, ni barulah family goal! -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Wow wife dia kurus, ramping. Baby fat kat muka pun lesap terus. |
|
|
|
|
|
|
|
mak dorg cam tak berjaya je.
cover perut ngan baby. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi baguslah. aku puji family nie.
sama-sama bersemangat. |
|
|
|
|
|
|
|
nmpk bapaknya lebih tegap slps kurus |
|
|
|
|
|
|
|
kempisnnya perut lepas beranak |
|
|
|
|
|
|
|
seronoknya bila satu famli bt gini.. blh cuba nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Best.. Sbb boleh motivate sesama sendiri bila rasa nk give up.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lakukan secara berkumpulan seperti ni selalunya lagi cepat berjaya berbanding lakukan secara individu sebab masing2 akan saling beri galakan untuk berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Uncle tu paling win {:childlike |
|
|
|
|
|
|
| |
|