View: 3717|Reply: 9
|
Beto Kusyairy Muak, Kritik Drama Cinta Melayu Semakin Bosan
[Copy link]
|
|
Memang tidak dinafikan, kebanyakan drama Melayu yang disiarkan di televisyen mempunyai konsep yang sama sahaja seperti kahwin paksa, cinta antara dua darjat dan kisah menyelamatkan empayar perniagaan seperti luahan Beto Kusyairy.
Foto: Carian Internet
Dia juga mempersoalkan sampai bila masyarakat kita perlu dihidangkan dengan cerita sebegini? Adakah jalan cerita sebegini yang benar-benar mahu disajikan kepada penonton?
Berdasarkan keluhannya di laman twitter, dia menerima tawaran lakonan oleh beberapa produksi yang mempunyai sinopsis dan skrip dengan genre yang sama sahaja hingga menimbulkan rasa bosan.
Menurutnya, kisah romantis yang kerap disiarkan di kaca televisyen sebenarnya jauh dari realiti sebenar kehidupan masyarakat.
Rakan artis yang lain juga turut memberikan pendapat dan sokongan dengan apa yang disampaikan oleh Beto.
Tapi hakikatnya selagi ada yang menonton selagi itu genre seperti ini sentiasa ditayangkan untuk hiburan penonton.
Beto juga mengakui bahawa ada sahaja dalam kalangan rakannya tidak menyukai keadaan industri berterusan begini namun disebabkan ada keluarga yang perlu ditanggung mereka tiada pilihan demi sesuap rezeki dan hutang yang perlu dibayar.
Netizen juga bersetuju dengan kenyataan Beto dan tidak kurang juga ada yang memberi cadangan tentang keadaan ini.
Betul sangat apa yang Beto luahkan. Muak tengok genre sama sahaja. Stesen televisyen cuma nak untung sahaja! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ko pun bosan aku nengok..berlakon muka sepesen aje,,mulut terjeluih kebawah sepanjang scene...kononla ko ni pelakon hebat,,,ptuihhh...muka serupa indon kontrak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Drama My Coffe Prince yg lgsung x cliche ( wpon adaptasi Korea ) korang kutuk pula..best kot gandingan kimia Fatah Janna.suka cara dorang bercinta dlm drama ni.kelakar.{:kil{:give |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah Steven tv satu tu hutang sampai rm171juta.... Cite kuar kat stesen tu sama je genre... pastu recycle kat tv stesen adik dia pulak... peninton muak... mcm mntah makin byk org tgk drama2 online je... senang cite |
|
|
|
|
|
|
|
udah ada benangnya ni donggg |
|
|
|
|
|
|
|
Editor cari ni nak bukak benang yang sama sampai berapa kali? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan tak nak sokong, tapi dah memang banyak kualiti yang.. hmm.. entah la..
lemau..
so, bak kata orang, tak suka jangan tengok, amik remote, tukar channel, settle |
|
|
|
|
|
|
|
Td macam dh terbaca benang ni, kt mana ntah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|