CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2401|Reply: 6

Tanpa Ada Pertalian, Budak Itu Yang Tolong Pakaikan Kasut. Anak Sendiri Tak Tahu

[Copy link]
Post time 12-1-2018 12:28 PM | Show all posts |Read mode




Bila sebut tentang marah, macam tak logik pula ada orang yang tak pernah marah sepanjang hidupnya. Bukan tidak boleh nak marah-marah, tapi bertempat la. Ini tidak, salah sikit terus marah orang. Tidak ke kecil hati orang yang kena marah tu?   

Apabila membaca kisah yang dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad ini di laman facebooknya, ingatkan pakcik tersebut dibuang anak dan isteri, rupanya sebaliknya.


Sikap pakcik yang sangat baran itu membuatkan dia tidak mendapat kasih sayang daripada anak-anaknya hatta ketika dia sakit, ketiga-tiga anaknya tidak mampu menjaganya di hospital.




Betul tu, kalau hal remeh pun dicari salah, siapa yang sanggup dimarahi berterusan. Sehinggalah pakcik ini menyesal dan sedar Tuhan telah menjauhkan dirinya daripada kasih sayang anak-anak dan tidak memberi peluang untuk mereka menjaganya ketika sakit akibat sikapnya yang baran.









Rupanya ramai netizen yang mempunyai sikap baran. Baguslah kalau netizen sendiri yang mengaku dan sedar yang diri itu suka marah-marah. Baik cepat-cepat berubah sebelum ramai orang benci.





Biasanya seorang ibu terkenal dengan sifat penyayang pada anak-anak, tetapi ramai juga netizen yang bergelar ibu ini tidak dapat mengawal kemarahan dengan karenah anak-anak.


Memang ramai agaknya anak-anak yang selalu kena marah dengan ibu mereka. Kasihan kan?





Jomlah kita belajar untuk kawal kemarahan. Marah-marah ni tak elok sebab sifat syaitan.


Sebab itu masa kita marah, segala caci maki akan keluar dari mulut tanpa kita sedar. Siapa suka marah-marah? Baik korang mengaku. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 03:50 PM | Show all posts
TQ TT.smlm ak marahkan ank kecik ak..rase bersalah smpai skrg..ak deman sb tuh mood xstabil.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 04:18 PM | Show all posts
saya pon mudah jugak nak marah2 orang. kadang tu tak boleh nk cover, tertunjuk dgn riak muka
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 06:11 PM | Show all posts
azie999 replied at 12-1-2018 04:18 PM
saya pon mudah jugak nak marah2 orang. kadang tu tak boleh nk cover, tertunjuk dgn riak muka {:mlfai ...

kau punye reply dengan profile picture minguk nangis kena
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila marah marah tu cuba ingat mati.. try
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Apeni xphm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2018 11:35 AM | Show all posts
aku setuju...bila aku marah anak aku yg bongsu mesti dia ckp "xnak syg mama dah"...
bila aku ckp elok2 dia dengar ckp & dtg peluk cium2 aku...
sifat marah ni mmg x elok...kekdang x blh nk control...kalau rasa nk marah cepat2 istighfar...
mcm family terdekat aku jugak...si bapak suka marah2 anak2...skrg si bapak x brp sihat sbb dh terlalu tua...tp anak2 xnk jenguk sbb anak2 ckp takut kena marah...xtau la anak2 ni jauh hati dgn si bapak ke tak...tp si bapak ni rindu anak2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.090444 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list