CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9753|Reply: 30

Wah! Dengan Hanya 4 Langkah Ini, Anda Boleh Jimat Minyak Dengan Banyak!

[Copy link]
Post time 12-1-2018 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda, walaupun ramai yang memiliki kereta tapi masih ramai yang tidak tahu cara betul untuk mengisi dan mengoptimumkan isian minyak?




Sungguhpun sudah lama membawa kereta, masih ramai yang enggan atau tidak tahu mengambil langkah bijak dalam penjimatan pengisian minyak.


Melalui portal aislimau, kami kongsikan empat rahsia mengisi minyak yang mungkin ramai tidak tahu:


1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.






2. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.


3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh
Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.







4. Isi minyak petrol ikut liter
Amalkan pengisian minyak dalam lliter, bukannya ringgit.
Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM46. Ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.






Apa pun, jangan lupa untuk matikan enjin kereta dan elakkan penggunaan handphone semasa mengisi minyak. Selain itu, jangan lupa kunci kereta semasa mengisi minyak untuk mengelakkan kes kecurian yang sering berlaku di stesen minyak.


Selamat mencuba! -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 04:05 PM | Show all posts
lapuk dah tips ni....petrol station tu sentiasa upgrade system dorang     
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 09:23 AM | Show all posts
tahnye..ingat ada idea baru
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 05:07 PM | Show all posts
aku skrg baru tau x blh isi minyak pd waktu tengah hari!! Tidak hairanlah, aku rasa minyak yg aku isi macam sikit jer berbanding dgn kwnku
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 05:15 PM | Show all posts
sssmtsss replied at 12-7-2018 05:07 PM
aku skrg baru tau x blh isi minyak pd waktu tengah hari!! Tidak hairanlah, aku rasa minyak yg aku is ...

ade faktor lain larr, bukan saja x galakkan isi minyak pd waktu tengah hari..
kalau u isi minyak yg x elok dgn kereta u, minyak pun nampak cepat habis..

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 05:25 PM | Show all posts
derickwell replied at 12-7-2018 05:15 PM
ade faktor lain larr, bukan saja x galakkan isi minyak pd waktu tengah hari..
kalau u isi minyak  ...

btol btol... dulu i salah isi minyak, minyak kereta macam cepat habis jer...bila traffic jam lagi x yah ckp..skrg i isi petronas primax 97, minyak x habis cepat macam dulu2 lar.. fee minyak pun dpt jimat sikit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2018 05:34 PM | Show all posts
eaglep replied at 12-7-2018 05:25 PM
btol btol... dulu i salah isi minyak, minyak kereta macam cepat habis jer...bila traffic jam lagi  ...

aku bkn pakai petronas... knp ia lebih jimat minyak??? rasenya aku pun nk try isi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2018 05:43 PM | Show all posts
sssmtsss replied at 12-7-2018 05:34 PM
aku bkn pakai petronas... knp ia lebih jimat minyak??? rasenya aku pun nk try isi...

ahaha i cuma tau isi nya, akan lebih menjaga enjine kereta i so i baru isi petronas primax 97.. mayb u blh prgi car service tanya kereta u sesuai ke x pakai tu..jgn suka2  jer nak isi ni isi tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2018 05:46 PM | Show all posts
eaglep replied at 12-7-2018 05:43 PM
ahaha i cuma tau isi nya, akan lebih menjaga enjine kereta i so i baru isi petronas primax 97.. ma ...

aku mmg x ade byk experience dlm bidang minyak kereta...tau pandu kereta jer x tau macam mana nak jaga engine kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 11:30 PM | Show all posts
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk (cara ni aku pernah dengar dr sepupu, masa tu aku rasa dia tipu aku je hahahaha)
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 11:32 PM | Show all posts
sampai sekarang I baru tau tak blh isi minyak dgn cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 12:17 PM | Show all posts
linasss replied at 13-7-2018 11:32 PM
sampai sekarang I baru tau tak blh isi minyak dgn cepat2

Biasanya ku x brp hirau isi dgn pantas atau perlahan lah, apabila semua minyak sudah masuk terus masuk kereta beredar sudah. Kat belakang tu masih ada org tunggu, mau isi brp perlahan tu? Haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 12:19 PM | Show all posts
eaglep replied at 12-7-2018 05:43 PM
ahaha i cuma tau isi nya, akan lebih menjaga enjine kereta i so i baru isi petronas primax 97.. ma ...

Ku dengar yg kawan ku kata x baik kalau selalu tukar minyak yg berlainan, minggu ni isi Shell, minggu depan isi Petronas pula, lama2 kereta tu akan ada masalah lah,jadi pilih satu je sudah cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 12:25 PM | Show all posts
sssmtsss replied at 12-7-2018 05:46 PM
aku mmg x ade byk experience dlm bidang minyak kereta...tau pandu kereta jer x tau macam mana nak  ...

Pakai petrol yg sesuai dgn kereta sendiri, perlu sendiri gi cuba baru tau kerana setiap kereta guna petrol yg lain ada prekstasi yg berbeza, kalau kawan kau kata Shell bagus utk Vios, kau gi isi Shell kat Axia kau mungkin x sesuai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 12:36 PM | Show all posts
NurAini11 replied at 14-7-2018 12:25 PM
Pakai petrol yg sesuai dgn kereta sendiri, perlu sendiri gi cuba baru tau kerana setiap kereta gun ...

Kalau Petronas Primax 97 sesuai dgn semua kereta, Perodua lah, Toyota lah, Honda lah semua pun boleh pakai, lebih power juga berbanding dgn petrol jenama lain. Dahulu ku pun x percaya, tapi lepas guna pertama kali sudah dpt lihat perbezaan nya, lepas tu terus pakai Petronas punya je, sampai kini sudah agaknya lima tahun keke.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 12:43 PM | Show all posts
sssmtsss replied at 12-7-2018 05:34 PM
aku bkn pakai petronas... knp ia lebih jimat minyak??? rasenya aku pun nk try isi...

Petrol Petronas tu lebih bersih utk engine kereta, x akan lekat2 dlm engine kau, hampir 100% akan diguna utk gerakkan kereta kau, jadi ia lebih jimat lah berbanding petrol lain. Kau berbanding dgn petrol lain, pump volume yg sama, Petronas punya tentu dpt guna utk masa yg lebih panjang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2018 03:41 PM | Show all posts
Edited by Akalili at 17-7-2018 05:25 PM
FirdausSah replied at 14-7-2018 12:43 PM
Petrol Petronas tu lebih bersih utk engine kereta, x akan lekat2 dlm engine kau, hampir 100% akan  ...

Betul! ku rasa Petronas lebih baik, ia juga blh bersih enjin kereta dan sesuai utk perjalanan jauh. Petrol Petronas sentiasa first choice saya.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 03:48 PM | Show all posts
Edited by Akalili at 18-7-2018 10:09 AM
FirdausSah replied at 14-7-2018 12:36 PM
Kalau Petronas Primax 97 sesuai dgn semua kereta, Perodua lah, Toyota lah, Honda lah semua pun bol ...

Aq dengar kwn i cakap ron 97 lebih sesuai kpd kereta.kwn ku semua guna petrol Petronas dan cakap Petronas primax ron97 lebih sesuai kpd kereta dan enjin kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 03:57 PM | Show all posts
FirdausSah replied at 14-7-2018 12:43 PM
Petrol Petronas tu lebih bersih utk engine kereta, x akan lekat2 dlm engine kau, hampir 100% akan  ...

Aku pernah isi petrol Petronas Primax pd beberapa thn dahulu. Aku rasa petrol ia tak bagus sgt. Lepas tu aku tukar kpd petrol esso dan guna sampai kini. Aku rasa fuel consumption ia sgt baik jika berbanding dgn petrol lain dlm pasaran.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 04:03 PM | Show all posts
FirdausSah replied at 14-7-2018 12:43 PM
Petrol Petronas tu lebih bersih utk engine kereta, x akan lekat2 dlm engine kau, hampir 100% akan  ...

Wah! Nampaknya petrol Petronas lebih baik drpd petrol lain. Boleh cuba try jer lepas ni.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.064884 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list