CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3242|Reply: 7

Pelik Tapi Benar! Nampak Biasa Di Negara Kita, Tapi Makanan Ini Diharamkan Di Ne

[Copy link]
Post time 15-1-2018 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Anda mungkin pernah dengar gula-gula getah diharamkan di negara jiran kita, Singapura. Tapi tahukah anda ada banyak lagi makanan dan juga minuman yang telah diharamkan di seluruh dunia?


Jom ketahui 5 makanan termasuk minuman beserta negara yang mengharamkan ia dalam senarai di bawah:


Negara: Perancis
Haram: Red Bull
Perancis beserta Norway dan Denmark telah mengharamkan minuman untuk tenaga ini selama 12 tahun di atas alasan kesihatan kerana ia mengandungi taurine, sejenis asid amino yang menjadi bahan biasa minuman tenaga. Kini anda boleh menjumpai Red Bull di kedai-kedai di Perancis namun ia disertakan dengan label amaran seperti yang anda boleh jumpa pada kotak rokok.

Foto: Fodors.com






Negara: Amerika Syarikat
Haram: Daging Kuda
Bagi penduduk China, Rusia, Mexico dan Itali, mereka makan daging kuda seperti makan burger. Namun di Amerika Syarikat, bermula pada tahun 2006, mereka telah mengharamkan penjualan dan penyembelihan kuda untuk santapan manusia.


Foto: Fodors.com





Negara: Somalia
Haram: Samosa
Pelik tapi benar. Samosa diharamkan di Somalia oleh pemimpin militan al-Shabaab kerana bentuk samosa yang mirip Triniti Kristian.

Foto: Fodors.com







Negara: New Zealand, Australia dan Rusia
Haram: Ikan salmon yang diternak
Ketiga-tiga negara tersebut telah mengharamkan ternakan salmon yang biasanya diternak di ruang yang sempit dan diberi makanan bijirin yang boleh memberi kesan kepada rasa, warna dan kandungan omega-3. Untuk pengetahuan anda, salmon yang diternak mempunyai 50 peratus kurang kandungan omega-3 berbanding salmon liar.

Foto: Fodors.com






Negara: Kesatuan Eropah
Haram: Keju Casu Marzu
Keju ini merupakan makanan istimewa Sardinia. Geli, namun hakikatnya proses keju ini bermula daripada larva lalat yang masuk ke dalam keju.  Lama kelamaan keju akan menjadi lembut akibat proses penapaian. Ia biasanya dimakan dengan biskut.  Bergantung pada anda, ulat yang berada dalam keju ini boleh dibuang atau dimakan terus. Negara Kesatuan Eropah mengharamkan keju jenis ini kerana ulat mati di dalam keju tersebut telah terbukti memberi kesan kepada kesihatan.

Foto: Fodors.com






Negara: Argentina, India, sesetengah tempat di Amerika Syarikat dan Eropah
Haram: Hati Angsa
Diperbuat daripada hati angsa atau itik ini telah diharamkan di beberapa negara kerana cara ternakan itik atau angsa yang sangat kejam. Ia dipaksa makan sehingga gemuk dan bersaiz 10 kali ganda daripada saiz itik atau angsa yang biasa. Akibatnya haiwan-haiwan ini mempunyai masalah pernafasan dan aliran darah yang terhad.

Foto: Fodors.com



Di Malaysia ni, apa yang haram, cuba teka?-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 01:13 PM | Show all posts
keju tu patut lah diharamkan...jijiks
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 01:27 PM | Show all posts
I sokong haramkan hati angsa (foie gras) tu. kejam sesangat cara preparation dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 01:45 PM | Show all posts
kuda, angsa memang harampun
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 03:15 PM | Show all posts
hati angsa - foie gras tu mg patut haram kan...keji and kejam sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 10:48 AM | Show all posts
jahat nye la disuruh angsa tu makan smpai gemuk

btw yg caviar tu pn cara amik telur dr perut ikan tu pn kejam jugak..xde sape haramkan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2018 08:18 AM | Show all posts
eiii keju tu tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2018 04:14 PM | Show all posts
Yang lain tu I boleh faham but samosa? Really?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19859 Replies : 20
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 13769 Replies : 6
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31593 Replies : 16
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78436 Replies : 88
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50308 Replies : 12
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41032 Replies : 501
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57117 Replies : 1089
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 48444 Replies : 1
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363489 Replies : 3549
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21554 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.301011 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list