View: 3805|Reply: 4
|
Penggemar ‘Seafood’ Mesti Cuba – Sizzling Ketam Meleleh Yang Terangkat
[Copy link]
|
|
Sizzling ayam,
Sizzling cendawan,
Macam ‘boring’ ja menu sama yang dihidangkan.
Anda nak cuba menu sizzling yang berbeza?
Apa lagi jika ianya ketam sebesar tapak tangan?
Dan lagi best harganya juga tak mahal pun.
Jom ke Port Klang. Di sana memang ada sebuah restoran yang menghidangkan sizzling yang menu utamanya ialah ketam. Sukalah tu, dapat meratah ketam dengan sizzling mee. Dah nama pun sizzling ketam meleleh. Memang terangkat lah tika mencubanya.
Untuk 'tapau' pun ada
Menu udang pun jadi pilihan
Jadi, selain ketam, apa lagi yang bestnya di sini?
Katanya, hidangan berasaskan makanan laut ini adalah resipi turun temurun bersama kuah sos tiram yang lazat.
Ditambah pula dengan kemanisan ketam serta kesegaran udang yang baru naik ke darat. Tak lupa digandingkan bersama cendawan shitake yang enak.
Sebelum dimasak
Sebesar tapak tangan
Harganya juga boleh tahan, tidaklah sampai mencekik darah dan anda boleh makan sampai puas hati.
Pengusaha restoran juga baik hati dengan menghadiahkan sepinggan sizzling ketam meleleh pada bulan kelahiran anda.
Pada sesiapa yang mahu mencuba, bolehlah ke:
Restoran sizzling ketam meleleh @ Mee Udang Drosa Corner
No 11, Jalan Kastam, Pelabuhan Klang
Waktu operasi : 6.30 petang sampai 12 malam setiap hari - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Serius tak sedap.. mee keras kejung {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
Bellabullet5424 replied at 15-1-2018 01:03 PM
Serius tak sedap.. mee keras kejung {:yameteh
Tak cukup masak ke mi keras lg? Ketam rase kicap pekat cam tu sedap ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 15-1-2018 09:57 PM
Tak cukup masak ke mi keras lg? Ketam rase kicap pekat cam tu sedap ke..
Mee dia mmg tak cukup masak.. time kami makan mee masih lagi bentuk bulat kena gaul dgn kuah dia dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Biasaaaaaa je , xde laa sedap sngt |
|
|
|
|
|
|
| |
|