CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16677|Reply: 122

[Tempatan] Genius: Umur 6 tahun dapat masuk tingkatan satu Kolej Permata Pintar UKM

[Copy link]
Post time 16-1-2018 07:40 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bagi kanak-kanak seusianya, pembelajaran lebih tertumpu untuk mengenal huruf dan nombor asas tetapi tidak bagi Izz Imil Shahrum.

Kanak-kanak pintar berusia enam tahun itu hari ini mendaftar sebagai pelajar Asas 1 (tingkatan satu) di Kolej Permata Pintar UKM dekat sini.

Melihat keletahnya yang tidak duduk diam, tiada siapa menjangka kanak-kanak berusia enam tahun itu sebenarnya mempunyai pemikiran luar biasa kerana mampu membaca dan mengira dengan tepat, malah boleh bercerita tentang biografi ahli cendekiawan seperti Alexander Graham Bell.

Hari ini, anak tunggal kepada pasangan Ilya Abdul Aziz dan suaminya, Shahrum Abdul Ghani itu menjadi sebahagian daripada 119 pelajar Asas 1 dan 18 orang lagi pelajar Tahap 1 (tingkatan empat) yang mendaftar ke Kolej Permata Pintar UKM di kampus Bangi untuk mengikuti pembelajaran bagi sesi 2018.

Pengarah Pusat Permata Pintar UKM, Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd. Ishak berkata, pelajar berkenaan berjaya melepasi tiga peperiksaan khas sebelum diterima masuk sebagai pelajar di kolej tersebut dan merupakan pelajar paling muda sejak kolej itu ditubuhkan kira-kira sembilan tahun lalu.

“Izz Imil memiliki kehebatan dan kebolehan luar biasa untuk menguasai pengetahuan yang lebih tinggi walaupun usianya baharu mencecah enam tahun.

“Pemikirannya menyerupai remaja berusia 16 tahun, sebab itu kita berkeyakinan dia mampu mengikuti pembelajaran di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Sesi Taklimat Pelajar Baharu Kolej Permata Pintar UKM di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini hari ini.

Menurutnya, selepas meneliti dari semua aspek, pihak kolej menetapkan, Izz Imil mampu mengambil dua mata pelajaran iaitu Matematik dan Kimia dan dalam masa sama akan dipantau dari semasa ke semasa sama ada boleh ditambah subjek lain atau tidak.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Muafakat Kolej Permata Pintar UKM, Dr. Azman Hamzah dan Pengarah Pusat Psikologi Persatuan Psikologi Amerika Syarikat (APA), Dr. Rena F. Subotnik.

Noriah berkata, pelajar pintar yang menetap di Setiawangsa itu akan berulang alik ke sekolah dan tidak menginap di asrama seperti pelajar lain.

Sementara itu, Ilya yang juga pakar geologi dengan sebuah syarikat gas dan minyak di sini berkata, dia mula menghantar anaknya ke sekolah sejak berusia empat tahun lagi dan sejak itu, sering bertukar-tukar sekolah kerana bosan dengan silibus pembelajaran ditawarkan.

Beliau berharap anaknya dapat meneruskan persekolahan di kolej berkenaan tanpa sebarang masalah.

Dalam perkembangan lain, Noriah berkata, sebanyak 20 buah negara yang kebanyakannya dari Asia Barat termasuk Kuwait, Algeria, Jordan sudah mencontohi sistem pembelajaran yang diamalkan di Kolej Permata Pintar UKM.

“Terbaharu, Kementerian Pen­didikan Kuwait datang bagi melihat konsep pembelajaran di sini dan guru-guru mereka turut ditempatkan kolej ini untuk melihat sendiri dan memastikan pedagogi yang diamalkan dapat diadaptasi secara berkesan oleh mereka,” ujarnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
wow... bijaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 07:47 AM | Show all posts
do not put pressure so much on him .. takut nanti ended jadi sampah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Several years ago, ada budak2 permata pintar ukm ni dtg belajar dgn lecturer aku. Diorang learning pasal research method. Agak advance sb biasanya student fyp baru akan start ambil subjek ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:35 AM | Show all posts
see... gen yg baik dari ibu yg pakar geologi
so guys here, sila cari bakalan isteri bukan base on putih, gebu gebas and jutawan repacking yer
kekonon nk perbaiki gen,
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
So umur 12 tahun dah jadi pakar bedah ke dik???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2018 08:36 AM | Show all posts
seram pulak bile umur 6y dh masuk kolej
apa pun sure parents dia happy sgt anak dpt masuk but at the same time perlu rs risau juga
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:37 AM | Show all posts
sufiah tu dah insaf dari chur khuens
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 08:51 AM | Show all posts
real life sheldon cooper.
sheldon cooper masuk  kolej umur 11 tahun, complete phd umur 14.
yang ni lagi advance baru 6 tahun da masuk kolej.

btw budak izz imil ni tak nampak macam young sheldon, hehe.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Jd dia genius maths n kimia je ke cane..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 16-1-2018 08:51 AM
real life sheldon cooper.
sheldon cooper masuk  kolej umur 11 tahun, complete phd umur 14.
yang n ...

PArents dia ke tu?
Dah nampak macam berumur sangat.
Budak tu pun nampak macam budak nakal aje.
Apapun, harap tak terlalu dipaksa.
Hak bermain adalah hak kanak2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:57 AM | Show all posts
moga bole jd pm
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 08:59 AM | Show all posts
dunia zmn najib ni aku tk rasa satu keperluan utk jadi genius kimia bio maths bgai..anak2 aku lek2 masuk sains..aku ckp apa pekdah..mak nk mintak kira blenjawan beli gula beras pun korg tak reti
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:01 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 16-1-2018 08:55 AM
PArents dia ke tu?
Dah nampak macam berumur sangat.
Budak tu pun nampak macam budak nakal aje.

parents dia. gambar dari utusan.
yup nampak macam budak hyper active.


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:01 AM | Show all posts
Wow, kagum dengan adik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah dek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 16-1-2018 08:59 AM
dunia zmn najib ni aku tk rasa satu keperluan utk jadi genius kimia bio maths bgai..anak2 aku lek2 m ...

Kalau genius migrate je ke negara lain.
Duduk Msia nnt jadi adi putra aje..
Tak ke mana..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:08 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 16-1-2018 08:55 AM
PArents dia ke tu?
Dah nampak macam berumur sangat.
Budak tu pun nampak macam budak nakal aje.

dgr dlm tv smlm, budak ni mild autism...entah bebudak lain dlm kelas dia boleh cope dgn keletah dia ke tak

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-1-2018 09:08 AM
dgr dlm tv smlm, budak ni mild autism...entah bebudak lain dlm kelas dia boleh cope dgn keletah di ...

I nak agak macam tu tapi malas la, nanti kata memandai pulak..
Special in special way juga la budak ni kan..
Harap student lain yang lebih berusia dari dia tak terganggu sangat dengan perangai dia.

I ni kalai budak2 genius terus imagine budak nerd pakai spek tebal & duduk sopan aje.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:12 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 16-1-2018 09:05 AM
Kalau genius migrate je ke negara lain.
Duduk Msia nnt jadi adi putra aje..
Tak ke mana..

dont worry sis, bebudak kat permata pintar ni mmg dididik sebaiknya...kes adiputra tu sbb parents dia byk songel.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.057184 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list