Ni cakap Tamil ke Korea? Antara komen pedas yang diterima dari netizen yang meluat tengok drama Ustaz Korea Sebelah Rumah lakonan Eyka Farhan dan Nazim Othman.
Di Twitter, video sedutan babak dalam drama yang memaparkan kedua-dua pelakon ini bertutur dalam bahasa Korea mendapat pelbagai respons yang kebanyakannya mengutuk cara penyampaiannya
Mengulas mengenainya adalah Eyka yang berasa terkilan kerana usahanya untuk mempelajari bahasa tersebut tidak dihargai.
"Saya sedih kerana sudah buat yang terbaik, tolonglah hargai, penat kami belajar bersungguh-sungguh bahasa Korea.
"Saya rasa tidak salah kita cuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. Saya rasa seronok ketika penggambaran drama itu dan harap penonton turut belajar bersama ketika menonton drama itu," katanya kepada mStar Online.
Foto: IG Eyka Farhana
Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 23, menambah yang penonton seharusnya perlu memahami jalan cerita dahulu sebelum memberikan sebarang komen.
"Sudah tentulah saya cakap tidak seperti orang Korea sebenar kerana saya pun belajar seminggu sebelum mula drama.
"Sebelum kecam mereka juga perlu tahu jalan ceritanya. Saya bawa watak remaja yang terlalu minat dengan artis K-pop sehingga sanggup belajar bahasa mereka," ujarnya.
Foto: IG Eyka Farhana
Betul tu, bukan senang nak melakonkan watak seperti ini. Apa pun semuanya boleh diperbaiki lagi untuk mendapatkan mutu lakonan yang memuaskan. -CARI
|